7 Tanda Toksin Berlebihan Dalam Badan



7 TANDA TOKSIN BERLEBIHAN DALAM BADAN

1. SELALU KELETIHAN
Keletihan juga adalah tanda tindakbalas hormon terhadap sistem imun tubuh anda..ini adalah salah satu tanda anda mungkin dah terlalu banyak toksin dalam tubuh.

2. BERAT BADAN SUSAH NAK TURUN
Fungsi hormon semula jadi kita boleh terjejas oleh racun yang terdapat dalam makanan dan produk-produk penjagaan diri yang kita gunakan setiap hari dan makin banyak terkumpul dalam badan. Sukar menurunkan berat badan adalah tanda terbesar tubuh anda sebenarnya dipenuhi toksin. 

3. NAFAS BERBAU
Nafas berbau sering dikaitkan dengan masalah penghadaman, tetapi ia juga bermakna hati anda sudah tidak mampu untuk menghapuskan terlalu banyak toksin dalam badan anda. 

4. SEMBELIT
Selain sakit perut, sembelit juga boleh menyebabkan sakit kepala, sakit-sakit badan, dan keletihan. Sembelit terjadi apabila makanan proses sukar dihadam dengan baik kerana bercampur dengan bahan kimia dan pengawet untuk mengekalkan kesegaran dan ketahanannya.

5. SENSITIF PADA BAUAN
Salah satu tanda mungkin mempunyai toksin yang banyak dalam tubuh kerana bereaksi dengan bauan daripada bahan kimia dan akan mengalami pening, sakit kepala atau sakit perut apabila tercium bauan yang kuat.. 

6. SAKIT KEPALA
Berkemungkinan besar racun toksin telah terlalu banyak dalam tubuh sehingga mengganggu peredaran darah dan menyebabkan sakit kepala.

7. REAKSI KULIT
Jerawat, ruam, bisul dan masalah kulit yang lain menunjukkan anda ada masalah toksin berlebihan. Jerawat, khususnya, boleh dikaitkan dengan racun dalam makanan yang diambil atau penggunaan produk penjagaan kulit. Ruam dan gatal-gatal pada kulit pula adalah tanda tubuh cuba menyingkirkan toksin yang berlemak dan toksin yang tidak larut dalam air.

No comments

Powered by Blogger.