Kekal Bertenaga Sepanjang Tahun - Abang Terlajak Laris


Kekal Bertenaga Sepanjang Tahun


TIPS #1: MINUM AIR 
Kita letih sebab dehidrasi. Jadi minum banyak air untuk kekal hidrasi. Sel dalam tubuh kita perlukan air untuk bertenaga. 

TIPS #2: KURANGKAN MAKAN SARAPAN YANG TERLALU BERAT 
Karbohidrat memberi tenaga dalam jangka masa yang pendek sahaja. Lepas tu, kita akan hilang tenaga. Boleh gantikan sarapan berat dengan makan kudapan, atau snek berkhasiat seperti kekacang, yogurt rendah lemak dan buah-buahan. 

TIPS #3: LAKUKAN SENAMAN RINGAN 
Bila kita duduk statik kat satu tempat je, memang kita akan mudah bosan dan letih. Cuba stretch tangan sikit, berdiri dan berjalan. Kalau boleh, jog sikit ke. Bila kita melatih otak kita untuk buat benda lain sikit dari benda rutin, otak kita akan jadi lebih segar, lebih excited sebab ada benda baru nak kena accomplish 😀 

TIPS #4: TIDUR YANG CUKUP 
Dapatkan tidur yang cukup. Kalau tidur kita tak cukup, kita akan bangun pagi dengan rasa lemah dan tak segar. Dan ini akan effect mood kita sepanjang hari, sekaligus membuatkan kita letih sepanjang hari

Selamat mencuba!!

No comments

Powered by Blogger.