Kulit Kusam & Lesu ?!... Jangan Risau, Amalkan 3 Petua Ni Je - Abang Terlajak Laris


banner-cikgu-01

Kulit Kusam & Lesu ?!... Jangan Risau, Amalkan 3 Petua Ni Je



Kulit kusam boleh menjejaskan penampilan seseorang sehingga mengganggu tahap keyakinan diri. Terasa diri serba kekurangan dan malu berada dalam kelompok yang ramai. Memang rasa down sangat! 

Jadi, apakah yang harus dilakukan untuk atasi kulit kusam? 

1. AMBIL MAKANAN MENGANDUNGI BETA KAROTEN 
Buah-buahan dan sayur-sayuran misalnya mengandungi beta karoten iaitu sejenis mineral antioksidan yang mempercepatkan proses kelembapan kulit. Apa lagi, jom makan buah-buahan dan sayur-sayuran setiap hari. Dalam masa sama, ia membuang toksin dalam badan dan mengembalikan seri kulit kusam. 

2. MINUM AIR 8 GELAS SEHARI 
Kurang air dalam badan menyebabkan kulit jadi kering dan nampak tidak bermaya menjadikan anda tampil tua daripada usia. Latih diri minum air 8 gelas sehari untuk membantu mengekalkan kelembapan kulit. 

3. JOM BERSENAM 
Apabila bersenam, peluh yang keluar membawa sekali toksin dalam badan. Bukan sahaja menukar kulit kusam kepada lebih segar malah tubuh badan kembali bertenaga. Tahap konfiden anda juga pasti meningkat.

No comments

Powered by Blogger.