Nugget Tempe Pernah Makan? Cara Mudah Untuk Buat! - Abang Terlajak Laris


Nugget Tempe Pernah Makan? Cara Mudah Untuk Buat!


Bahan-bahan diperlukan:
  • 2 bungkus - tempe plastik
  • 1/2 genggam - udang kering - direndam
  • 1 labu - bawang besar - dicincang halus
  • 2 ulas - bawang putih - dicincang halus
  • 2 sudu kecik - serbuk lada sulah
  • 2 sudu kecik - secukup rasa maggi atau sedap rasa knorr
  • 2 biji - telur
  • 2 sudu besar - tepung gandum
  • garam secukupnya
  • BAHAN UNTUK COATING
  • 1 atau 2 biji telur - pukul dengan sedikit garam
  • bread crumb warna oren - secukupnya untuk menyalut
Cara menyediakan dan memasak:
  1. Tumbuk tempe dan udang kering sampai lumat guna lesung batu...tapi tak perlu lumat sangat...agak2 hancur sampai takder sangat bentuk kacang tempe tu.
  2. Gaulkan bawang merah ,bawang putih, lada sulah , secukup rasa , garam , telur dan tepung sehingga sebati dan mesra bahan2.
  3. Panaskan kukusan dan ratakan adunan tempe dalam loyang yg sesuai......masa ratakan...adunan tempe jangan tebal sangat jangan nipis sangat....agak tebal macam nugget yg kita makan selalu pun okay.
  4. Kukus dalam masa 10 hingga 15 minit supaya telur dan tepung melekat sebati dengan adunan...
  5. Kemudian angkat adunan dari kukusan sejukkan sekejap....
  6. Dah sejuk sikit bolehlah dipotong ikut suka... kalau rajin dan kreatif boleh juga potong guna acuan kuih yg ada macam2 bentuk.... 
  7. Dah potong semua masa untuk coating....celup kepingan tempe dengan telur kemudian golekkan pada bread crumbs....
  8. Sejukkan sekejap dalam peti ais lebih kurang 1o minit untuk bagi bread crumbs tu betul melekat... 
  9. Lepas 10 minit boleh goreng dengan api sederhana....tapi jangan goreng lama sangat .... agak2 dah bertukar warna jadi golden brown sikit bolehlah angkat dan toskan minyaknya sekali....
  10. Dah siap boleh makan buat lauk denagna nasi atau makan gitu jer ....nak cicah ngan sos atau mayonis pun boleh.. 
  11. Terima Kasih MyResepi Dan Selamat Mencuba
Sumber: MyResepi

No comments

Powered by Blogger.