Sedapnya Tauhu Sumbat Ayam..Daging Pun Sedap ! Jom Cuba.. - Abang Terlajak Laris


Sedapnya Tauhu Sumbat Ayam..Daging Pun Sedap ! Jom Cuba..



Tauhu Sumbat Daging / Ayam

Bahan-bahan: 

2 Keping tauhu 
2 Keping dada ayam / daging
1/2 Biji cili besar
Daun sup
1/4 Bawang besar
Garam
Lada sulah
Telur

Cara masak:

1. Goreng tauhu, potong dua dan biarkan sejuk, bila dah sejuk keluarkan isi tauhu pelan-pelan.

2. Goreng dada ayam (jangan terlalu garing).

3. Tumbuk isi tauhu bersama ayam sampai lumat. lepas tu campur cili, daun sup,bawang, garam dan lada sulah.

4. Sumbatkan bahan-bahan tadi dalam kulit tauhu tadi.

5. Pukul telur dan celupkan tauhu tadi. Kemudian gorengkan tauhu sumbat yang telah dicelupkan dengan telur tadi.

6. Selamat mencuba.


Sumber: MemoryKu

No comments

Powered by Blogger.