Selalu Skip Sarapan Tapi Tak Tahukan Betapa Pentingnya Sarapan Pagi .... - Abang Terlajak Laris


Selalu Skip Sarapan Tapi Tak Tahukan Betapa Pentingnya Sarapan Pagi ....


Sarapan pagi adalah sumber pertama untuk memulakan hari kita.. Orang yang bersarapan secara tetap menikmati kehidupan berkualiti, tersusun, bersikap positif, lebih langsing dan memiliki daya tumpuan lebih baik. 'RAHSIA' di sebalik hidangan ringkas yang dipanggil sarapan. 

✔ MAKANAN OTAK
Secara ringkasnya, sarapan dikatakan memberikan kesan positif terhadap aktiviti otak - lebih cergas, peka dan fokus.. Serta mendatangkan pengaruh positif terhadap diri individu itu untuk melaksanakan tugasnya, walaupun hanya mengambil sarapan seringan sekeping roti dan secawan kopi. 😊 

✔ BERAT BADAN
Kajian di Amerika Syarikat menunjukkan mereka dapat mengurangkan berat badan dan mengekalkan berat badan unggul dengan hanya mengamalkan sarapan.

Jika tidak amalkan sarapan bagi orang yang ingin menurunkan berat badan.. Akibatnya, masalah berat badan kita tidak mungkin selesai dan mungkin lebih buruk.. πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜… 

✔ BANYAKKAN BIJIRIN DAN SERAT
Makanan kaya serat penting untuk melawaskan sistem perkumuhan dan mengawal berat badan. Untuk meningkatkan pengambilan serat harian, ambillah bijirin sarapan, buah-buahan dan sayur-sayuran.

Caranya sediakan sarapan mudah, sediakan bahan-bahan sarapan sebelum masuk tidur dan bangun awal setengah jam supaya anda boleh menikmati hari cemerlang!

πŸ˜™πŸ˜™πŸ˜™

No comments

Powered by Blogger.