Untuk Si Manja - Bijak VS Kreatif - Abang Terlajak Laris


Untuk Si Manja - Bijak VS Kreatif


Ibu yang bijak juga perlu merancang idea yang kreatif untuk merangsang perkembangan anak di rumah supaya dia boleh membesar sebagai anak yang bijak.

1. BELAJAR MENGIRA 
Kanak-kanak cepat belajar mengira bila ada objek. Anda boleh pilih sebarang objek yang ada di sekitar rumah. Contohnya menggunakan penceduk susu tepung anak sebagai objek untuknya belajar mengira. Kemudian letak bilangan objek itu di dalam pinggan kertas yang ditulis nombor atasnya. 

2. MENGENAL WARNA 
Sediakan apa sahaja objek yang sama tetapi mempunyai pelbagai warna dan yang penting selamat untuk kanak-kanak. Suruh anak asingkan objek mengikut kumpulan warna yang sama. Bermain dengan warna merupakan cara terbaik merangsang minda anak. Kanak-kanak lebih teruja untuk belajar dan tidak cepat bosan kerana dalam masa yang sama mereka boleh bermain. 

3. KEMAHIRAN MOTOR HALUS 
Bagaimana hendak menyuruh anak kecil duduk diam? Buat aktiviti yang boleh membuatkan mereka khusyuk seperti menyusun manik. Sediakan manik pelbagai warna dan bentuk. Masukkan ke dalam mangkuk dan suruh anak asingkan mengikut jenis atau warna. 

Bagaimanapun aktiviti ini agak berbahaya dan ia mesti dilakukan dengan pantauan orang dewasa. Penggunaan objek kecil membantu merangsang kemahiran motor halus anak dan membantu anak lebih fokus.

4. MENYUSUN OBJEK 
Gunakan cawan atau mangkuk plastik pelbagai warna. Suruh anak susun ia menjadi satu bentuk menara. Secara tidak langsung anak belajar mengenal bentuk dan cara membuat susunan tinggi yang seimbang.

Apabila sentiasa dirangsang dengan idea kreatif pembelajaran dan bermain, sel-sel otak anak saling berhubung untuk aktif berfikir.

No comments

Powered by Blogger.