5 Cara Hilangkan Daki Di Badan Ketika Mandi, Baru Bersih - Abang Terlajak Laris


5 Cara Hilangkan Daki Di Badan Ketika Mandi, Baru Bersih


1. SIKU 
Se-elok-eloknya, tiap kali mandi, sapu exfoliating cream pada siku dan gosok mengguna loofah. Daki dan sel mati akan mudah tertanggal. Untuk memutihkan siku, sapu dengan jus lemon. 


2. LEHER 

Bahagian ini, terutamanya di bahagian belakang leher memang jarang diberi perhatian. Sebab itu daki mudah berkumpul terutamanya di belakang tengkuk kerana ia jarang dicuci dengan sempurna. Setiap kali mandi, pastikan bahagian belakang leher dicuci dengan sabun. Sental dengan loofah untuk menghilangkan daki yang degil. 


3. TELINGA 

Sama seperti leher, bahagian belakang telinga juga sering diabaikan, terutamanya pada bayi. Tidak hairanlah kotoran suka berkumpul di bahagian tersebut. Pastikan setiap kali mandi, anda cuci bahagian belakang telinga dan keringkan dengan betul untuk mengelakkan kelembapan. Daki mudah berkumpul di tempat yang lembap. 


4. LUTUT 

Lutut juga sama seperti siku. Bahagian badan ini cenderung menjadi kasar dan kehitaman. Boleh lakukan cara yang sama untuk mencerahkannya iaitu dengan bantuan krim atau jus lemon. Pelipat belakang lutut juga jarang disental sewaktu mandi menyebabkan daki mudah berkumpul di bahagian tersebut. 


5. CELAH PAHA

Ramai yang tidak sedar bahawa daki mudah berkumpul di celah peha ini kerana ia biasanya tinggi kelembapan. Namun, ia jarang diberi perhatian sewaktu mandi. Sebab itulah bahagian ini cenderung berubah warna menjadi gelap kerana kita kurang memberi perhatian terhadapnya.

Sumber : SirapLimau

No comments

Powered by Blogger.