8 Tanda Wanita Tidak Subur Dan ‘Susah Lekat’ - Abang Terlajak Laris


banner-cikgu-01

8 Tanda Wanita Tidak Subur Dan ‘Susah Lekat’


1. Haid terlalu banyak

Kalau anda perasan haid anda terlalu banyak dan heavy. Itu juga salah satu tanda anda tidak subur. Ia dipanggil ‘Menorrhagia’. Punca penyakit ini adalah dari ubat-ubatan, IUD, komplikasi kehamilan dan hormon yang tidak seimbang.

2. Haid tak tetap

Mengikut kajian 30-40% wanita yang alami masalah haid tidak tetap memang alami masalah kesuburan. Jika haid anda lewat 3-4 hari. Itu perkara biasa. Tapi jika haid anda sekejap datang sekejap tak. Itu tandanya anda tak mengalami ovulasi. Jika langsung tiada period. Wajib rujuk pada pakar.

3. Haid Yang Terlalu Menyakitkan

Kalau anda rasa ‘cramp’ atau sakit mengganggu anda buat kerja itu biasa. Yang dirisaukan ialah sakit sampai berguling-guling. Dikhuatiri berpunca dari penyakit Endometriosis. Antara tanda lain Endometriosis ialah sakit ketika melakukan hubungan seks, sakit pada dubur, atau pendarahan pada air kencing dan najis.

4. Banyak Sangat Jerawat

Perubahan ketara pada kulit awak menunjukkan perubahan pada paras hormon dalam badan.

5. Lebihan Bulu Badan

Bila anda terlebih ‘hormon lelaki’. Biasanya anda akan ada masalah tumbuhnya bulu-bulu badan dan wajah yang berlebihan. Itu juga tanda PCOS atau hormon tidak seimbang. PCOS ialah (Polysystic Ovarian Syndrom) iaitu terlebih hormon androgen atau ‘hormon lelaki’. PCOS akan ganggu kitaran haid awak dan proses ovulasi.

6. Rambut Gugur

Kualiti rambut juga boleh tunjukkan tahap kesihatan awak. Masalah rambut gugur ada banyak sebab. Antaranya stress, kurang tidur, anemia, tiriod dan hormon tidak seimbang.

7. Tersiksa Dengan Hubungan Seks 

Anda sedar tak. Kurangnya nafsu dalam hubungan seks juga antara tanda anda tidak subur. Bagi pengidap endometriosis. Hubungan seks adalah menyakitkan. Seks adalah perkara penting dalam hubungan suami isteri dan dalam usaha untuk mendapatkan zuriat. Jadi jangan ambil mudah ya.

8. Berat Badan Naik Mendadak

Jika berat badan anda naik secara tiba-tiba. Cuba check balik diet harian. Kalau semuanya ok. Mungkin ianya kesan tindak balas tubuh awak terhadap insulin. Jika anda mengalami PCOS tubuh anda akan automatik rentan terhadap insulin. Menyebabkan awak susah untuk turunkan berat badan.

Sumber : SirapLimau

No comments

Powered by Blogger.