Anak Perlu Tidur Awal ? Kenapa? - Abang Terlajak Laris


Anak Perlu Tidur Awal ? Kenapa?


Kanak-kanak perlu tidur yang cukup dan teratur untuk proses tumbesaran, kecergasan badan dan perkembangan minda. Bila tidak cukup tidur, ia akan memberi kesan psikologi seperti mudah berasa letih, cepat naik angin, kurang aktif dan kurang fokus. 

Jadi, bagaimana cara memujuk anak-anak supaya tidur awal? 

1. LATIH IKUT WAKTU 
Jika anak biasa tidur pukul 9.30 malam, pastikan mereka konsisten dengan waktu tersebut. Apabila mereka terlajak waktu, automatik mereka akan terasa mengantuk dan masuk ke bilik tanpa paksaan. 

2. ELAK MINUM MINUMAN KAFEIN
Minuman mengandungi kafein boleh menyebabkan anak aktif. Sebaiknya, galak mereka minum air suam pada waktu malam. 

3. GALAKKAN ANAK AKTIF WAKTU SIANG
Penuhi waktu siang anak dengan pelbagai aktiviti. Jadi apabila malam, mereka cepat berasa letih dan tidur awal. 

4. ELAK TIDUR WAKTU PETANG
Bagi kanak-kanak yang bersekolah sesi pagi, biasanya mudah keletihan selepas tiba di rumah. Bagi mereka tidur sekejap. Awas, jangan terbabas sehingga senja. Jika tidak, mereka sukar untuk tidur awal kerana sudah mendapat rehat secukupnya. 

5. TUTUP SEGALA BENDA YANG MELEKAKAN
Apa jua yang boleh menyebabkan anak anda terleka sehingga terabai waktu tidur, perlu ditutup. Contohnnya; tv, computer dan sebagainya. 

6. JAUHKAN BARANG YANG MENGGANGGU
Bukan sekadar tutup gajet, anda perlu letakkannya jauh daripada anak setiap kali mereka masuk bilik. 

7. BUAT JADUAL 
Bagi anak berumur bawah 6 tahun, anda boleh buat jadual bermula dari waktu pagi sehingga waktu malam. Buat jadual yang kreatif agar anak rasa seronok melakukannya. 

8. LAKUKAN DALAM SATU TEMPAT
Selepas makan malam, pastikan anak anda sudah berada dalam bilik sama ada untuk menyiapkan kerja sekolah, kemas beg, berus gigi, tukar pakaian tidur dan seterusnya tidur. 

9. SUASANA BILIK MERANGSANG TIDUR
Pastikan anak-anak selesa dengan suasana dalam bilik seperti kemas dan teratur, bantal yang empuk, wangi dan katil yang lapang.

No comments

Powered by Blogger.