Badan Sihat Otak Cerdas!! - Abang Terlajak Laris


Badan Sihat Otak Cerdas!!


LANGKAH BERKESAN CERGASKAN MINDA; 

Bagi golongan pelajar mempunyai minda yang cergas adalah satu keperluan utama bagi menjana kekuatan emosi dan fizikal dalam menghadapi proses pembelajaran.Malangnya, bukan semua mampu memperoleh kelebihan itu disebabkan faktor seperti tekanan, kelesuan, kepenatan dan sebagainya menjadikan proses pembelajaran diikuti sukar. 

Bagaimanapun, tidak perlu gusar kerana masih ada jalan penyelesaian untuk mengatasinya dengan…. 

1.DAPATKAN TIDUR YANG CUKUP DAN SEMPURNA. 
Sebahagian satu pertiga hidup kita dihabiskan dengan tidur, namun ada juga pelajar yang suka tidur lewat hingga kurang mendapat waktu tidur yang cukup. Badan memerlukan rehat, dan keletihan hanya akan mengganggu maklumat atau data yang disimpan oleh otak selain menjejaskan kemampuan mempelajari sesuatu yang baru. 

2.MENGAWAL TEKANAN 
Tekanan hanya akan membuat jiwa pelajar tidak tenteram dan menyebabkan kesihatan terganggu. Ia juga menjadikan pelajar cenderung tidak peka dengan keadaan persekitaran selain tidak dapat berfikir dengan jelas dan daya ingatan terjejas. 

3.ELAKKAN KEMURUNGAN 
Kemurungan akan menyebabkan hidup tidak ceria kerana ia sentiasa berada dalam keadaan tidak segar dan rasa kecewa. Lama-kelamaan ia turut menjejaskan daya ingatan dan membuat anda tidak hirau dengan persekitaran. 

4.BANYAKKAN MEMBACA 
Jadikan amalan membaca sebagai kegiatan harian. Membaca dapat meluaskan pengetahuan, mengembangkan minda dan menajamkan daya ingatan. Cuba ingat sedikit sebanyak fakta yang terkandung dalam bahan bacaan. Katakan berulang kali untuk meningkatkan ingatan mengenai sesuatu maklumat atau tarikh hingga benar-akan benar ingat maklumat berkenaan.

No comments

Powered by Blogger.