Cadangan Menu Minum Petang, Cucur Jagung Crispy. Sedap! - Abang Terlajak Laris


Cadangan Menu Minum Petang, Cucur Jagung Crispy. Sedap!


Bahan-bahan:

2 cawan tepung gandum
6 sudu besar tepung beras (rahsia kerangupan)
2-3 cawan air (anggaran - perlu masukkan sedikit-sedikit dan adjust kepekatan)
15 ekor udang
1/2 cawan isi jagung atau lebih
1 cawan tauge
1/2 cawan daun kucai
1 ulas bawang besar (dipotong dadu kecil)
Sedikit gula (pemilik resepi suka bagi manis sedikit)
Sedikit garam

Cara penyediaan:

1. Campur kesemua bahan di atas dan kacau rata. Peram sebentar dalam 1-2 jam. Kemudian, barulah digoreng.

2. Goreng (deep fry) dalam minyak panas.

3. Selepas goreng, potong kecil-kecil dan hidangkan dengan kuah kacang atau sos cili.

Sumber : Iluminasi

No comments

Powered by Blogger.