Didik Si Manja Berdikari Dari Kecil - Abang Terlajak Laris


Didik Si Manja Berdikari Dari Kecil


1. BERI ANAK MASA 
Beri anak masa untuk belajar melakukan serta menyelesaikan perkara yang mereka ingini. Siapa tahu, mungkin dengan bersabar sedikit sahaja lagi, anak kita sudah berjaya melakukan perkara tersebut? 

2. BERI ANAK PILIHAN 
Bantu anak kecil ini membuat pilihan agar mereka dapat belajar membuat pilihan terbaik. Terima pilihan mereka agar mereka turut merasakan bahawa pendapat mereka juga adalah penting serta boleh diguna pakai. 

3. BIAR ANAK BUAT SENDIRI 
Beri kepercayaan kepada anak kecil ini, lihat kemampuan mereka dan pantau keadaan mereka. Anak kecil akan belajar kesan dan akibat daripada percubaan mereka itu. 

4. BERI ARAHAN JIKA PERLU 
Maklumkan kepada anak langkah demi langkah untuk melakukan sesuatu perkara itu agar anak dapat belajar dan memahami perkara tersebut dengan lebih baik lagi. 

5. PUJI KEJAYAAN ANAK 
Pujian daripada kita sebagai ibu bapa ini pasti membuatkan mereka berasa lebih gembira dan dihargai. Pujian ini juga dapat meningkatkan keyakinan diri dan semangat mereka untuk melakukan perkara tersebut dengan lebih baik lagi pada masa akan datang.
.

No comments

Powered by Blogger.