Bahayanya Ekzema Ni Kepada Kanak-Kanak Dan Orang Dewasa - Abang Terlajak Laris


Bahayanya Ekzema Ni Kepada Kanak-Kanak Dan Orang Dewasa


Apa itu ekzema? 

Ekzema ialah kondisi kulit yang kering dan gatal yang selalu ternampak buat pertama kali sebelum anak berusia dua tahun. Berita baik ialah kebanyakan kanak-kanak yang menghidap ekzema akan beransur pulih menjelang umur belasan tahun. Ekzema tidak dapat dipulihkan, tetapi boleh dikawal dengan rawatan yang sesuai. 

Tanda-tanda eczema adalah seperti kulit kering, gatal, merah dan rekah, yang kadangkala meleleh cecair dan berdarah. Bahagian badan yang lazimnya terkena ialah tangan, muka, leher, siku dan belakang lutut. Ekzema bermakna antibodi tidak berfungsi dengan baik. Ini boleh membuatkan kulit bayi anda lebih senang diserang infeksi dan alergi yang boleh membuat keadaan lebih teruk. 

Apa yang menyebabkan ekzema?

Ekzema menjejaskan kulit semasa ianya "meradang" atau "bersemarak". Kulit bayi anda mungkin bertompok-tompok merah dan gatal, tetapi dalam tempoh masa kulit meradang, tempat-tempat ini menjadi lebih teruk dan mungkin memerlukan rawatan yang lebih intensif. 

Radang ekzema boleh berlaku jika ada iritasi kulit yang disebabkan oleh kimia, seperti bahan pencuci dalam mandian buih, syampu, serbuk cuci dan pelembut fabrik. Ekzema amat menjengkelkan bayi sebab mereka tak mengelak daripada menggaru, dan ini boleh mencetuskan infeksi. Dalam beberapa kes, ekzema boleh mengganggu tidur anak anda dan menjejaskan keyakinannya, yang boleh mendatangkan kesan ke atas kualiti hidupnya.

Sumber : BabyCenter

No comments

Powered by Blogger.