Faedah Berbengkung Bagi Wanita Lepas Bersalin Kena Tahu - Abang Terlajak Laris


Faedah Berbengkung Bagi Wanita Lepas Bersalin Kena Tahu

Apakah faedah berbengkung?

Kehamilan dan kelahiran mengganggu badan wanita dan kesemua otot-otot, tulang, urat, sendi, dan lain-lain, sudah bertukar keadaan dan menjadi kembang dan bengkak disebabkan pengaruh hormon hamil. Manakala bengkung boleh mengempiskan perut, mengecutkan rahim bengkak dan merapatkan faraj yang telah regang dan longgar.

Berbengkung juga dipercayai boleh membantu: 
  • mengempiskan perut dan mengurangkan berat badan supaya potongan badan kembali kepada bentuk asal; 
  • melindungi organ dalaman dan membolehkannya lebih cepat kecut dan kembali ke tempat asal; 
  • mengetatkan perut dan otot-otot yang longgar semasa kehamilan; 
  • menggalakkan postur yang baik, justeru, membantu penyusuan bayi;
  • memecahkan lemak dan selulit; 
  • mencegah dari makan berlebihan. 
Sepatutnya, berbengkung sahaja tidak mencukupi. Amalan-amalan lain seperti urut, bertungku, jamu dan mandian herba melengkapkan amalan berpantang. Jika diikuti dengan taat dan sempurna, amalan berpantang dikatakan boleh membantu ibu baru mengurangkan berat badan serta mengimbangi paras hormon mereka.

Sumber : BabyCenter

No comments

Powered by Blogger.