IbuBapa Perlu Tahu Tentang Perkembangan Kanak-Kanak Bagi Tumbesaran Yang Sihat - Abang Terlajak Laris


IbuBapa Perlu Tahu Tentang Perkembangan Kanak-Kanak Bagi Tumbesaran Yang Sihat


Perkembangan Kanak-Kanak 

Mengikut kajian ahli psikologi, perkembangan kanak-kanak dipecahkan kepada 5 aspek iaitu aspek jasmani, kognitif, emosi, sosial dan rohani. Faktor baka terdiri daripada pengaruh genetik, perbezaan fizikal,perbezaan kognitif dan perbezaan emosi dalam diri manusia. 

Faktor persekitaran pula terdiri daripada keluarga, rakan sebaya, budaya,teknologi, guru dan sekolah, media massa serta masyarakat. Pertumbuhan struktur fizikal akan mendahului kemahiran fungsinya dan berlaku secara menyeluruh. 

Konsep Asas Perkembangan Kanak-Kanak 

Komponen perkembangan kognitif adalah menjadi fokus utama dalam pendidikan awal kanak-kanak kerana keupayaan kognitif mempengaruhi semua aktiviti pembelajaran. Perkembangan seseorang individu berlaku secara berterusan. 

Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Perkembangan Kanak-Kanak

(i) Persekitaran 

Kajian mentafsirkan perkembangan sebagai perubahan dalam corak biologi, kognitif dan sosioemosi individu yang bermula daripada peringkat percambahan sehingga ke akhir hayat. Corak pertumbuhan dan perkembangan adalah sama tetapi kadarnya adalah berbeza pada setiap individu. Perkembangan dari segi kemahiran dalam diri seorang kanak-kanak juga akan bertambah. 

(ii) Baka 

Perkembangan merupakan satu proses yang berterusan daripada peringkat lahir hingga peringkat kematangan. Konsep perkembangan pada asasnya ialah perubahan tingkah laku mental. Baka yang diperturunkan adalah melalui gen-gen ibu bapa kepada anak-anak mereka. 

Kesimpulannya perkembangan dapat ditakrifkan sebagai satu perubahan kualitatif dari awal hingga akhir hayat sesuatu organisma dan berlaku secara berterusan meliputi aspek biologi, kognitif dan sosioemosi. 

Pertumbuhan dan perkembangan menunjukkan pertambahan dalam kompleksiti organ dan sistem saraf manusia dan berlaku secara perlahan-lahan. Dikenali sebagai gen yang terdiri daripada nukleoprotein yang menentukan baka atau ciri keturunan. Ciri-ciri tersebut : 
  • warna kulit
  • warna mata
  • saiz fizikal
Perkembangan Kanak-Kanak 

Pengalaman sebelum dan selepas lahir. Sebelum lahir merujuk kepada corak pemakanan, gaya hidup dan kesihatan si ibu. Keadaan selepas lahir dipengaruhi oleh cara pemakanan, sosio ekonomi, tahap pendidikan, keluarga, rakan-rakan, amalan, media massa dan persekitaran dunia. 

Lima jenis sistem ekologi yang mempengaruhi dalam perkembangan kanak-kanak iaitu mikrosistem, mesosistem, ekosistem, makrosistem, dan kronosistem. 

Prinsip Perkembangan Kanak-kanak 

Proses perkembangan setiap individu adalah berbeza-beza mengikut umur. Merupakan ciri-ciri biologi dan perwarisan yang dimiliki anak-anak melalui ibu bapa mereka. 

Sumber : Prezi

No comments

Powered by Blogger.