Jenis-Jenis Penyakit Kulit Yang Sering Dihidapi Oleh Rakyat Malaysia. - Abang Terlajak Laris


banner-cikgu-01

Jenis-Jenis Penyakit Kulit Yang Sering Dihidapi Oleh Rakyat Malaysia.


Penyakit Eczema 

Gejala utama yang dirasakan penghidap eczema adalah rasa gatal yang melampau pada kulit. Bahagian kulit yang gatal akan memerah, bersisik, pecah-pecah dan timbul gelembung gelembung kecil mengandung air atau nanah. Tangan, kaki, lipatan paha dan telinga adalah bagian tubuh yang paling kerap terkena eczema. Eczema terbagi kepada dua, iaitu eczema kering dan basah. Penghidap eczema basah juga akan terasa panas dan dingin yang berlebihan pada kulit. 

Dengan rawatan yang tepat, penyakit ini dapat dikendalikan dengan lebih baik sehingga mengurangkan bilangan serangan. Pada sesetengah penghidap, Eczema akan menghilang seiring dengan pertambahan usia penghidap. 

Penyakit Psoriasis 

Psoriasis termasuk di antara penyakit kulit yang sukar di diagnos. Bahagian tubuh yang biasa terkena eczema adalah sama dengan bahagian tubuh yang biasa terkena psoriasis, ditambah dengan kulit kepala, punggung bagian bawah, telapak tangan, dan telapak kaki. Stress, trauma, dan kadar kalsium yang rendah boleh menyebabkan psoriasis. 

Psoriasis bukan penyakit menular, tetapi bersifat menurun. Gejala psoriasis adalah timbulnya tompokan-tompokan merah yang di atasnya terdapat sisik-sisik putih tebal dan menempel berlapis-lapis. Apabila digaru, sisik-sisik tersebut akan gugur/jatuh. Semakin lama , luas permukaan kulit yg terkena psoriasis akan semakin melebar. 

Penyakit Kudis 

Kudis adalah penyakit yang disebabkan oleh parasit tungau yang gatal iaitu Sarcoptes Scabiei Var Hominis. Jangkitan kudis lebih banyak terjadi pada mereka yg kurang menjaga kebersihan. Antara gejala kudis adalah rasa gatal yang melampau di malam hari terutama di celah-celah jari kaki dan tangan, di bawah ketiak, alat kelamin, pinggang dan lain-lain. 

Kudis sangat mudah menjangkiti individu lain, sama ada secara langsung (melalui sentuhan kulit pada bahagian yang dijangkiti kudis) mahupun tidak langsung (melalui perkongsian tuala/pakaian penghidap kudis). Tahap kebersihan harus di jaga bagi menghindari kudis. 

Penyakit Kurap 

Kurap terjadi akibat jangkitan kulat/fungus. Antara gejala kurap adalah kulit menjadi tebal dan pada kulit timbul lingkaran yang semakin jelas, bersisik, lembab, berair dan terasa gatal. Kemudian akan timbul tompokan-tompokan putih pada lingkaran. Kurap timbul kerana kurangnya penjagaan kebersihan kulit. Bahagian tubuh yang biasanya di serang kurap ialah kaki, tangan, leher dan kulit kepala. 

Bisul 

Bisul merupakan jangkitan kulit seperti benjolan merah yang akan membesar. Benjolan ini berisi nanah dan terasa panas dan berdenyut. Bisul boleh tumbuh di semua bahagian tubuh. Namun, bisul lebih banyak tumbuh pada bahagian tubuh yang lembap seperti lipatan paha, leher, ketiak dan kepala. 

Bisul disebabkan oleh jangkitan bakteria Stafilokokus Aureus pada kulit melalui folikel rambut, kelenjar minyak dan kelenjar peluh. Faktor-faktor yang meningkatkan risiko terkena bisul adalah kekurangan tahap kebersihan, luka yang dijangkiti, penghidap diabetes, kosmetik yang menyumbat pori dan pemakaian bahan kimia.

Sumber : Bidadari

No comments

Powered by Blogger.