Kenali Jenis-Jenis Keputihan, Ramai Wanita Mempunyai Masalah Ini - Abang Terlajak Laris


Kenali Jenis-Jenis Keputihan, Ramai Wanita Mempunyai Masalah Ini




Keputihan tidak normal biasanya disebabkan oleh kewujudan bakteria jahat, kuman & yis (kulat)yang hidup & membiak subur di sekitar vagina. Antara bakteria jahat yang didapati menjadi penyebab kepada masalah keputihan di kalangan wanita ialah bakteria vaginosis, candida albicans (kulat) dan bakteria e coli.

Bakteria-bakteria jahat ini membiak dengan cepat menyebabkankeputihan tidak normal, bau yang tidak menyenangkan dan menyebabkan kegatalan di organ intim anda yang sangat merimaskan. 

BERWARNA PUTIH JERNIH
Ini ialah keputihan pada tahap normal.Jika anda mempunyai simptom lain seperti gatal, panas dan pedih pada kemaluan ia mungkin disebabkan jangkitan yis (kulat). 

BEWARNA KEKUNINGAN
Ini ialah keputihan tidak normal. Ia mungkin disebabkan oleh dua faktor iaitu jangkitan kuman atau STI (Sexually Transmitted Infection) 

BERWARNA PERANG
Ini ialah keputihan yang disebabkan kitaran haid yang tidak teratur. Jika anda mengalami keputihan jenis ini secara berpanjangan, ia mungkin tanda awal kepada kanser rahim. 

BEWARNA HIJAU
Ini juga ialah keputihan tidak normal. Ia mungkin disebabkan oleh dua faktor iaitu jangkitan kuman atau STI (Sexually Transmitted Infection). Biasanya ia akan menyebabkan bau busuk disertai rasa pedih ketika buang air kecil. Pembengkakan pada vagina dan gatal-gatal sekitar vagina juga antara simptom keputihan jenis ini. 

JANGKITAN YIS (KULAT)
Keputihan jenis ini akan menghasilkan gumpalan tebal bewarna putih seperti cheese dan menyebabkan kegatalan, kemerahan, kerengsaan dan panas pada vagina.


Sumber : Herbs





No comments

Powered by Blogger.