Kenali Punca Punca Rabun Dan Cara Merawatnya - Abang Terlajak Laris


Kenali Punca Punca Rabun Dan Cara Merawatnya


Punca Rabun Silau 

Punca Rabun Silau ada kaitan dengan permukaan kornea yang tidak sekata atau beralun menyebabkan cahaya yang masuk tidak dapat difokuskan pada satu titik sahaja. Akibat pembiasan cahaya, imej yang terbentuk pada retina menjadi kurang jelas dan silau. 

Rabun Silau juga ada kaitan dengan faktor usia. Usia lanjut, biasanya melebihi 50 tahun ke atas, akan menyebabkan kelopak mata tidak lagi kuat untuk menghasilkan tekanan berterusan ke atas permukaan kornea. 

Punca Rabun Jauh

Bagi mereka yang rabun jauh, kerosakan alat pembias (refraktif) pada mata menyebabkan cahaya yang masuk ke dalam mata akan terfokus di depan retina, bukan tepat pada retina. 

Masalah kesihatan mata jenis ini ada kaitan dengan pelbagai faktor, termasuk keturunan, kekurangan zat makanan dan gaya hidup kurang sihat seperti kebiasaan menonton televisyen pada jarak dekat serta penggunaan gajet atau komputer untuk jangka masa lama. 

Masalah ini juga ada kaitan dengan amalan membaca sambil baring atau membaca di dalam kawasan kurang terang. 

Punca Rabun Dekat

Punca utama Rabun Dekat berkait rapat dengan faktor saiz bola mata. Bola mata yang terlalu pendek dan bentuk kornea yang kurang melengkung menyebabkan titik fokus berada di belakang retina. 

Disamping itu, ia dipengaruhi oleh faktor keluarga atau genetik. Ya, Rabun Dekat boleh diwarisi dari keturunan terdahulu yang pernah menghidap masalah ini. Ia juga berpunca daripada faktor usia. Mereka yang berusia 40 tahun ke atas mempunyai kecenderungan tinggi untuk mengalami masalah Rabun Dekat. 

Masalah mata ini juga boleh berlaku disebabkan oleh: 

· Ketumbuhan sekitar mata. 
· Diabetes.
· Masalah pembuluh darah di retina (foveal hypoplasia) 
· Akibat ‘sindrom mata kecil’ yang dialami sejak lahir. 

Makanan Yang Baik Untuk Mata 

Makanan sihat bermaksud mengutamakan amalan pengambilan makanan berzat tinggi seperti buahan, sayuran, bijirin, susu, daging, ikan, kekacang dan telur. 

Bagaimanapun, semua makanan berkenaan perlu dipastikan bebas daripada sebarang jenis partikel plastik, bahan kimia serta mengandungi tahap lemak, kolesterol, garam serta gula yang rendah dan  pengambilan makanan yang menggabungkan unsur antioksidan berserta vitamin A, C dan E dan mineral mampu menurunkan risiko masalah penyakit mata. 

Antara makanan berkenaan yang patut diambil untuk menjaga dan merawat mata ialah ikan salmon, bunga kubis, bayam, salad, buah teen, tomato, telur, kismis, bawang putih, avokado, lobak merah, delima dan biji bunga matahari. 

Sumber : Aafiyat

No comments

Powered by Blogger.