Makanan Yang Menyebabkan Alahan Kepada Bayi.. - Abang Terlajak Laris


banner-cikgu-01

Makanan Yang Menyebabkan Alahan Kepada Bayi..


Makanan yang paling biasa menyebabkan alahan makanan adalah susu, telur, kacang tanah, dan kekacang lain seperti kacang hazel, walnut dan badam. Statistiknya adalah:
  • susu: di antara 1.6 peratus dan tujuh peratus pada bayi
  • telur: kira-kira dua peratus kanak-kanak di bawah usia tiga tahun
  • kacang tanah: sehingga dua peratus kanak-kanak

Simptom-simptom


Adalah mudah untuk mengesan samada anak anda mempunyai alahan segera terhadap makanan. Tanda-tanda dan simptomnya termasuk:
  • gatal-gatal (ruam) sekeliling mulut, hidung dan matanya, yang mungkin merebak ke seluruh badan
  • bengkak pada bibir, mata dan muka
  • hidung berhingus atau tersumbat, bersin-bersin, mata berair
  • gatal mulut dan sakit tekak
  • loya, muntah-muntah dan cirit-birit
Jika anak anda mengalami reaksi yang lebih teruk, dia mungkin berdehit, sukar bernafas, bengkak pada tekak dan lidah, dan tekanan darah turun tiba-tiba. Ini dikenali sebagai anafilaksis atau kejutan anafilaksis, dan boleh mengancam nyawa. 

Reaksi alahan yang lewat lebih sukar untuk dikesan, tetapi kini semakin kerap. Badan anak anda akan mengambil masa lebih panjang untuk bereaksi kerana bahagian-bahagian sistem imunnya yang berbeza terjejas. Alahan seperti ini dipanggil permulaan ditangguhkan, atau alahan bukan lgE pengantara.

Tanda-tanda dan simptom-simptom untuk diperhatikan termasuk:
  • refluks
  • kolik
  • cirit-birit
  • sembelit
  • darah atau lendir dalam najis anak anda
  • ekzema sederhana hingga teruk, yang biasa pada bayi dengan alahan susu
Walau bagaimanapun, kesemua simptom ini adalah biasa dalam usia awal kanak-kanak. Alahan hanyalah satu penerangan yang mungkin.

Sumber: BabyCenter

No comments

Powered by Blogger.