Menu Diet: Resipi Ayam Bakar Lemon & Herb.. Terlajak Sedap!! - Abang Terlajak Laris


Menu Diet: Resipi Ayam Bakar Lemon & Herb.. Terlajak Sedap!!





Bahan-bahan:

- 2 dada ayam
- 1/2 biji bawang kuning (dipotong kiub)
- 1/2 biji lada benggala merah (dipotong kiub)
- 8 batang kacang perancis
- 1 cawan brokoli (dipotong)
- 1 batang lobak merah (dipotong julienne)


Bahan-bahan sos:

- 1/4 cawan minyak zaitun
- 3 sudu besar jus lemon
- 1 sudu kecil mixed herbs
- 1 sudu kecil garam
- 1 sudu kecil lada hitam


Cara-Cara:

1. Untuk sos, di dalam mangkuk, masukkan minyak zaitun, jus lemon, mixed herbs, garam dan lada hitam. Kacau sehingga sebati.
2. Lapikkan baking pan dengan baking sheet.
3. Letakkan ayam, bawang kuning, lada benggala merah, kacang perancis, lobak merah dan brokoli. 
4. Tuangkan sos ke atas ayam dan sayuran. Kemudian, ratakan.
5. Bakar pada suhu 220°C selama 25 minit atau hingga masak.
6. Ayam Bakar Lemon & Herb sudah siap!

Sumber : Says

No comments

Powered by Blogger.