Mitos Diet Vs Fakta Nak Kurus - Abang Terlajak Laris


Mitos Diet Vs Fakta Nak Kurus


1. Air ais tidak bekukan lemak. Air panas tak cairkan lemak. Air limau/ lemon tak potong lemak. Kandungan lemak tetap sama walau kau minum air sejuk beku atau air mendidih terbakar tekak.

2. Buah warna kuning tidak “lebih jahat” dari buah warna hijau, merah, purple, colorful. Kandungan gula dalam buah bukan bergantung pada warna buah. Asalkan dimakan ikut portion yang betul dan awak bukan diabetic, buah warna kuning bukan penyebab awak tak kurus.

3. Air detox, air greentea, chia seed tidak buat awak kurus, kalau awak tak jaga makan.

4. Air ais tidak membuncitkan. Yang buat buncit tu lemak kawasan abdomen terutamanya visceral fat.

5. Walaupun sayuran dan buahan itu makanan yang sihat, makan secara berlebihan jugak boleh memudaratkan. Bersederhana.

6. Nasi bukan penyebab gemuk utama.

7. Makanan/ minuman tanpa lemak tidak semestinya baik untuk ada.

8. Usus perlu di detox atau dicuci serta makan dengan sihat dan workout secara regular membantu kesihatan usus anda.

9. Berlebihan men-detox tidak elok untuk usus. Ia memaksa usus anda bergerak, dan akhirnya nanti usus anda akan jadi malas dan tidak ada nature sendiri.

10. Epal, hijau atau merah boleh saja dimakan masa diet. Darjatnya sama walaupun rasa tak sama. Tidak semestinya yang masam itu lebih baik dari yang manis, kecuali muka yg masam memang tak elok utk semua org. Haha.😄😃

11. Rambutan, nangka, ciku, langsat boleh saja dijadikan snacking, tak semestinya epal, jambu, blueberry, stroberi, avocado. Keypoint adalah “portion”.

12. Untuk lose weight, tak semestinya kena makan salmon, avocado, berries, oat, pasta, dada ayam sahaja. Boleh aje mkn ikan kembung, nasi putih, buah rambutan, mee, bihun asalkan tau had masing2.

13. Kita hanya perlu minum air secukupnya mengikut keperluan badan masing2. Tak perlu buat kolam utk pelihara ikan dlm perut. Anggaran 30ml utk setiap kg berat bdn atau tgk warna urin jernih atau light yellow sudah memadai. Pengambilan air yang berlebihan juga boleh menggangu keseimbangan elektrolit dalam badan.

14. Minuman yang berlabel “Kurang Gula” bukan bermaksud kurang manis. Gula nya masih banyak cuma kurang dari amaun sebelumnya.

15. Berpeluh dengan banyak semasa workout bukan bermaksud awak burn banyak kalori. Berpeluh atau tidak, bukan benchmark utk calories burn. Ada orang yang berpeluh banyak dan ada yang kurang berpeluh. Kelenjar peluh kita semua tak sama.

Sumber : Says

No comments

Powered by Blogger.