Penjagaan 'Mahkota' Wanita Yang Perlu Dititikberatkan - Abang Terlajak Laris


banner-cikgu-01

Penjagaan 'Mahkota' Wanita Yang Perlu Dititikberatkan


1) Adalah disyorkan agar membersihkan bahagian luar selepas buang air kecil atau air besar, seeloknya menggunakan air. 

2) Ketika haid, wanita dinasihatkan kerap menukar tuala wanita terutama pada hari-hari yang banyak darah. Ini kerana darah merupakan medium yang sesuai untuk kuman membiak. 

3) Seluar dalam perlu ditukar setiap hari dan pada hari-hari mengalami keputihan, lebih baik memakai panty liner supaya ia tidak melekat pada pakaian dalam yang menyebabkan ketidakselesaan. 

4) Elakkan dari menggunakan sabun atau menyapu shower gel pada alat kelamin kerana ia mungkin menyebabka n kekeringan dan iritasi kulit dan menjadi gatal. Sesetengah wanita sensitive dan alah pada pewangi dan buih sabun. 

5) Pasangan suami isteri diggalakkan membersih alat kelamin dengan air sebelum dan selepas hubungan kelamin untuk kebersihan yang optimum. 

6) Elakkan dari sering mengamalkan douching iatu iatu memasukkan jari atau pancutan ke dalam faraj dengan dengan tujuan membersihkan bahagian dalam faraj. Perbuatan ini akan menyingkirkan sejenis bacteria loctobacili dari faraj di samping mendedahkan faraj dan bahagian luar kemaluan kepada bahan kimia yang boleh mengakibatkan iritasi kulit. 

7) Wanita yang mengalami keputihan dengan penjagaan alat sulit seharusnya perlu tahu membezakan antara keputihan biasa dan yang berpenyakit. Keputihan normal boleh berlaku pada waktu waktu berikut seperti beberapa hari sebelum haid, ketika ghairah seks, kehamilan dan klimakterik ataupun selepas menopause. 

8) Kebanyakan wanita sebenarnya tidak memerlukan produk atau ubat penjagaan alat kelamin sekiranya langkah-langkah yang disarankan di atas diikut dengan bijak. Ubat hanya perlu diambil bagi merawat jangkitan kuman dan keputihan yang tidak normal. 

9) Seelok-eloknya wanita yang mengalami masalah keputihan dinasihatkan berjumpa doctor untuk mendapatkan pengesahan sama ada ia berpenyakit atau tidak, supaya rawatan dapat diberikan sebelum penyakit lebih serius. 

10) Tanda-tanda keputihan yang berpenyakit termasuklah pertukaran warna dari jernih,putih kekuningan atau kehijauan atau berdarah.Sekiranya keputihan terlalu banyak, berketul-ketul kecil,gatal dan berbau,tanda-tanda bengkak,pedih atau sakit pada alat kelamin. Sekiranya jangkitan merebak ke pangkal rahim atau system peranakan,wanita akan mengadu sakit pada bahagian bawah abdomen serta demam.

No comments

Powered by Blogger.