Rahsia Sihat Dan Bertenaga Sepanjang Percutian


Bercuti bersama rakan atau keluarga adalah sesuatu yang sangat berharga untuk semua. Apabila bercuti, benda yang paling penting adalah kesihatan diri supaya kekal sihat dan bertenaga sepanjang percutian anda.

TIDUR YANG CUKUP 
Tidur adalah satu nikmat rehat yang sangat hebat dikurniakan kepada kita. Tidur yang cukup memberi banyak manfaat kepada kita. Badan mudah mendapat penyakit sekiranya anda tidak mendapat tidur yang mencukupi. Tidur yang cukup dan baik dapat merehatkan badan kita serta mengembalikan semula tenaga. Kalori juga dapat di bakar jika anda dapat tidur dengan secukupnya. 

JANGAN MAKAN SECARA BERLEBIHAN 
Perkara yang perlu anda ambil perhatian ialah jangan makan terlalu banyak sewaktu melancong kerana takut perut anda menjadi tidak selesa dan ini pasti akan mengganggu percutian anda nanti. Dahulukan dengan meminum air kosong sebelum menikmati hidangan ye.

RANCANG AKTIVITI PERCUTIAN 
Rancanglah percutian anda dengan tersusun dan rapi kerana ianya akan memberi kemudahan dalam melakukan aktiviti sepanjang percutian anda. Dengan perancangan ini, anda sudah boleh agak dengan segala kemungkinan yang bakal berlaku. Percutian yang mengejut dan tergesa-gesa akan membuatkan anda menjadi kelam-kabut dan sekaligus ianya boleh menyebabkan stress dan gangguan kepada kesihatan anda. 

BANYAKKAN MINUM AIR MASAK 
Minum banyak air masak atau air kosong adalah amat penting untuk tubuh. Digalakkan minum sekurang-kurangnya 8 gelas sehari tetapi lebihkan jumlah tersebut sekiranya keluar melancong atau bercuti kerana anda akan lebih banyak kehilangan air sepanjang percutian anda. 

SEDIAKAN UBATAN YANG MUNCUKUPI 
Kalau anda jenis ada alahan atau masalah kesihatan sebaiknya disediakan ubat-ubat yang diperlukan. Namun begitu anda boleh sediakan ubatan biasa seperti ubat demam dan selesema. Biasanya kalau anda pergi melancong, sudah tentu agak sukar mencari ubat yang sesuai dan lokasi anda yang menghadkan aktiviti anda untuk mendapatkan ubatan tersebut. Jadi bawa siap-siap dari sini segala jenis ubat atau ubat tambahan untuk kegunaan anda.

No comments

Powered by Blogger.