Resipi Sedap Udang Goreng Rangup - Abang Terlajak Laris


Resipi Sedap Udang Goreng Rangup



Bahan-bahan

600 gm udang kertas saiz sederhana – bersihkan, buang kepala, kulit dan tinggalkan ekor
1 cawan serbuk roti
2 sudu besar tepung gandum
2 sudu besar tepung jagung
1 biji telur ayam gred A
Garam dan gula secukupnya
Minyak untuk menggoreng


Bahan Tumbuk


2 ulas bawang putih
1cm halia
1/2 sudu kecil lada putih


Cara-cara

  • Masukkan udang, bahan tumbuk, garam dan gula secukup rasa. Gaul rata.
  • Masukkan tepung gandum dan tepung jagung.
  • Pukul ringan telur dan tuangkan ke dalam mangkuk berisi udang tadi. Kacau rata sekali lagi.
  • Golek-golekkan seekor demi seekor udang di atas serbuk roti.
  • Goreng hingga perang keemasan atau sehingga masak.
Sumber: SajiOnline

No comments

Powered by Blogger.