Senaman Untuk Mata . Ringkas Dan Mudah Tetapi Sangat Berkesan ! - Abang Terlajak Laris


Senaman Untuk Mata . Ringkas Dan Mudah Tetapi Sangat Berkesan !


Senaman turut dapat membantu di dalam masalah kesihatan mata, sebahagiannya, dapat diatasi menerusi aktiviti senaman mata termasuklah untuk rabun jauh. 

Ada sekurang-kurangnya tiga jenis senaman mata yang disyorkan oleh pakar kesihatan mata, iaitu: 

Senaman Kelip Mata 

Kajian menunjukkan senaman jenis ini dapat menyegarkan mata dan memberi tempoh tumpuan lebih lama. Caranya ialah dengan merehatkan mata atau memejamkan mata beberapa saat, kemudian berkelip untuk tempoh sekurang kurangnya dua minit. 


Senaman Tapak Tangan 


Senaman ini dapat mengurangkan rangsangan dan tekanan pada mata. Caranya ialah dengan duduk selesa di kerusi, kemudian gosokkan kedua-dua tangan kita sehingga terasa hangat lalu tutup kedua-dua mata menggunakan tapak tangan. Lakukan selama tiga minit dan ulang beberapa kali. 


Senaman Fokus Objek 


Senaman mata cara ini biasanya lebih mudah dilakukan. Caranya ialah dengan duduk atau berdiri dalam keadaan selesa, letakkan ibu jari kira-kira 25 sentimeter di depan mata dan fokus kepada ibu jari anda berkenaan. 

Kemudian, fokus pula pada objek lain yang berada dalam jarak tiga hingga enam meter di hadapan anda. Lakukan selama tiga minit. Anda akan dapat merasakan kesannya.

Sumber : Aafiyat

No comments

Powered by Blogger.