4 Tanda Produk Kosmetik Korang Pakai Tak Sesuai Di Kulit Anda - Abang Terlajak Laris


banner-cikgu-01

4 Tanda Produk Kosmetik Korang Pakai Tak Sesuai Di Kulit Anda


Sekiranya anda mengalami perkara-perkara seperti di bawah, itu bermakna produk kosmetik itu tidak bersesuaian dengan jenis kulit anda.  

1. Kemerah-merahan 

Akibat sering menggunakan solekan, ia akan mengakibatkan kulit wajah anda kering dan pada masa yang sama ia akan muncul rasa gatal dan munculnya kesan kemerahan di kulit wajah. Perkara sebegitu terjadi adalah disebabkan, produk kosmetik itu tidak sesuai dengan jenis kulit anda dan sebaiknya anda berhenti menggunakannya. 

2. Muka bengkak 

Bahagian yang mengalami bengkak sering kali terjadi di bahagian mata dan bulu mata. Selain rasa bengkak, rasa sakit seperti digigit serangga. Sekiranya anda mengalaminya, sebaiknya ada berhenti dengan kadar yang segera. 

3. Kulit kering dan mengelupas 

Sebaik saja menggunakan bendak asas ataupun mana-mana krim wajah dan kulit menjadi kering, itu tanda-tanda awal kulit akan mengalami fasa pengelupasan. Memang menakutkan sekali jika melihat kulit wajah mengelupas. Berhenti dari terus memakai produk tersebut dan rawatlah wajah anda dengan segera. 

4. Berjerawat 

Kemunculannya adalah disebabkan oleh zits, hormon, pemakanan dan juga produk kosmetik yang tidak sesuai juga boleh menjadi penyebab munculnya jerawat. Seandainya anda merasakan perubahan pada kulit wajah anda selepas menggunakan sesuatu produk dan menyebabkan kemunculan jerawat dari sebelumnya, itu bermakna ia tidak sesuai dengan kulit wajah anda.

Sumber : BukanAku

No comments

Powered by Blogger.