Tidur Lewat Punca Jerawat Cepat Muncul Di Wajah, Risiko Dapat Penyakit Kronik - Abang Terlajak Laris


Tidur Lewat Punca Jerawat Cepat Muncul Di Wajah, Risiko Dapat Penyakit Kronik


Bagi anda yang sering tidur lewat, mungkin anda akan fikir semula mengenai perkara ini selepas mengetahui betapa bahayanya tidur lewat. 

1) Kanser 

Tidur lewat boleh menyebabkan kanser hati. Malah, mereka yang bekerja sehingga lewat malam juga berisiko tinggi mendapat kanser payudara dan kanser kolon kerana lebih banyak terdedah kepada cahaya lampu pada waktu malam. Disebabkan itu, kita digalakkan tidur dalam gelap atau tidak memasang lampu kerana cahaya lampu mampu menurunkan hormon melatonin yang berfungsi untuk membantutkan pertumbuhan kanser. 

2) Diabetis & Sakit Jantung 

Tidur lewat boleh menyebabkan masalah diabetis dan penyakit jantung. Kurang tidur akan menaikkan lagi tekanan darah dan paras kolestrol yang menjadi punca kepada penyakit jantung. Selain itu, tidur lewat mampu menyebabkan masalah strok. 

3) Gangguan Kesuburan 

Wanita yang memiliki pola tidur yang tidak teratur mampu mengalami masalah kesuburan. Selain itu, tidur lewat juga boleh mengakibatkan seseorang wanita itu mengalami kitaran haid tidak teratur, gelisah dan sering beremosi. 

4) Masalah kulit wajah 

Wanita sangat menitikberatkan soal kecantikan namun jika sering tidur lewat, seseorang itu cenderung memiliki lingkaran gelap pada bahagian mata, wajah yang pucat, kusam, kedut, jerawat dan garis-garis halus di wajah. 

4) Mengurangkan ghairah seksual 

Tidur lewat membuatkan badan terasa letih sekaligus mengurangkan tenaga dalam tubuh badan. Ia mampu menyebabkan nafsu dan ghairah seksual seseorang itu berkurangan 

5) Obesiti 

Kebanyakan kita menganggap kurang tidur dapat menguruskan badan. Namun kajian menunjukkan mereka yang tidur lewat mempunyai berat badan berlebihan atau obesiti. Ini kerana kurang tidur akan menyebabkan hormon dalam badan tidak seimbang dan mempengaruhi selera makan seseorang. 

6) Depresi & Stress 

Kurang tidur akan mengganggu pengeluaran hormon serotonin yang menyebabkan kemurungan atau depresi. Selain itu, tidur lewat malam juga membuatkan badan letih dan meningkatkan hormon stress.

Sumber : Hijab&Heels

No comments

Powered by Blogger.