Tips Menarik Minat Anak Susah Makan Sayur - Abang Terlajak Laris


Tips Menarik Minat Anak Susah Makan Sayur


#1 Banyakkan menu yang ada sayur 

Anak enggan makan sayur biasanya disebabkan rasa yang kurang enak berbanding makanan lain. Bukan kanak-kanak saja, orang dewasa pun kalau sayur tak ada rasa tentu, anda pun tak mahu makan, kan? 

Jadi, mulakan variasi masakan sayur dengan rasa yang lebih sedap sekaligus membuka selera anak. Contohnya, sup ayam bersayur, sayur tumis bersos tiram, roti ayam bersayur dan lain-lain. 

#2 Jangan sembunyikan sayur dalam makanan anak 

Ramai ibu bapa suka sembunyikan sayur dalam makanan anak, sedangkan ia memberi kesan pada mereka hingga menganggap sayur makanan yang tak sedap. Sebaiknya anda campurkan sayur dalam masakan daging, ayam, ikan dan sebagainya. Tentu mereka akan rasai kelazatannya. 

#3 Jadikan sayur makanan kegemaran 

Sebab lain yang membuatkan anak susah makan sayur adalah apabila ibu bapa berterusan mengingatkan manfaat makan sayur hingga anak merasakan ia satu kewajipan sekaligus menolak untuk makan sayur. 

Oleh itu, jangan terlalu kerap terangkan pada anak tentang kelebihan makan sayur ini, tapi amalkannya pada waktu santai seperti salad. Bila mereka lihat ibu ayah makan sayur, tentu dia juga ingin mencubanya sekaligus menarik minat mereka untuk terus makan sayuran. 

#4 Masak sayur kesukaan anak 

Sebagai ibu bapa tentunya anda gembira bila melihat anak makan semua jenis sayur tapi mereka tetap memilih sayuran kegemaran saja. Apa yang anda boleh buat adalah masak pelbagai jenis sayuran tapi pada masa yang sama masukkan juga sayur yang disukai itu. 

#5 Biarkan mereka membuat pilihan sendiri 

Tiap kali nak masak, tanya pada anak sayuran apa yang mereka mahukan dan jangan abaikan pilihan mereka itu kerana anda mungkin bosan masak sayur yang sama setiap hari. Setidaknya mereka makan juga sayur seperti mana yang anda inginkan. 

#6. Ajar anak makan sayur sejak kecil 

Sejak pertama kali perkenalkan anak dengan makanan pejal letakkan dalamnya sayuran yang sesuai mengikut umur mereka contohnya puri lobak merah, kacang pis, kentang, brokoli, bayam dan lain-lain. Dengan cara itu dapat membina minat mereka terhadap sayur-sayuran. 

#7. Jangan terlalu paksa mereka makan sayur 

Apa yang penting adalah anda jangan terlalu memaksa mereka makan sayur hingga marah dan memburukkan kesihatan mereka jika tidak mengamalkannya. Dengan perbuatan ini juga menambahkan keengganan anak untuk makan sayur. Tentu buat anda bertambah risaukan.

No comments

Powered by Blogger.