Tips Penjagaan Tudung Satin - Abang Terlajak Laris


banner-cikgu-01

Tips Penjagaan Tudung Satin


Cara Mencuci
Walaupun boleh menggunakan mesin basuh, tetapi basuhan tangan lebih selamat kerana mengguna mesin basuh boleh meregangkan kain tudung satin. Rendamkan tudung satin didalam air yang mempunyai detergen dan gosokkan dengan perlahan-lahan dan lembut lebih kurang ½ jam. Angkat dan lalukan di bawah air paip untuk membuang detergen pada tudung satin.

Pengeringan
Letakkan tudung satin yang sudah dibasuh pada permukaan rata dan lapkan air yang belebihan dengan kain kering yang lembut. Letakkan sehingga kering.Pastikan anda setkan pada ‘low’ dan hanya gunakan seterika bila perlu sahaja. Adalah lebih baik untuk seterika kain satin ini di permukaan yang terbalik iaitu pada permukaan yang tak berkilat.

Penyimpanan
Simpan di tempat yang kering dan tidak lembab. Jangan simpan di tempat yang panas dan terdedah kepada cahaya matahari.

Sumber : LunaLulu

No comments

Powered by Blogger.