Tips Untuk Hilangkan Selulit Dan Membantu Mencerahkan Kulit - Abang Terlajak Laris


banner-cikgu-01

Tips Untuk Hilangkan Selulit Dan Membantu Mencerahkan Kulit


WOW !! KULIT CERAH SELULIT PUN HILANG. 

1. TINGKATKAN SUMBER MAKANAN OMEGA-3 
Kita biasa makan makanan yang mengandungi minyak sayuran tetapi lupa akan kepentingan minyak semulajadi omega-3 yang membantu mengimbangi hormon dan seterusnya mengurangkan selulit pada badan. 

Selain melawan selulit, minyak omega-3 juga mempunyai pelbagai faedah untuk mengekalkan kesihatan kita. Kacang walnut, kacang pecan, chia seed, tuna dan ikan salmon adalah antara sumber semulajadi yang kaya dengan minyak omega-3. 

2. MINUM BANYAK AIR 
Amalkan pengambilan air kosong 8 gelas sehari dan pilih sayur dan buah yang mengandungi kandungan air yang banyak seperti tembikai, lobak putih, timun dan tomato. 

Kandungan air yang banyak dapat menguatkan tisu-tisu penghubung pada kulit di samping dapat mengawal berat badan. 

3. RAJINKAN DIRI BERGERAK AKTIF 
Aktiviti senaman bukan sahaja meyihatkan badan dan meningkatkan metabolisme, malah ia mengurangkan tekanan pada kulit untuk menghasilkan selulit. 

4. ELAK STRES, KEKALKAN PEMAKANAN SEIMBANG 
Tidur sekurang-kurangnya 7 jam sehari dapat memulihkan segala kelesuan pada badan dan menstabilkan hormon. Selain menghalang pembentukan selulit, tidur yang cukup juga dapat mengawal berat badan, mengurangkan stres dan mengurangkan risiko mendapat penyakit.

No comments

Powered by Blogger.