7 Tanda Awal Kanser Ovari Yang Disangka Sakit Biasa. Wanita Kena Tahu! - Abang Terlajak Laris


7 Tanda Awal Kanser Ovari Yang Disangka Sakit Biasa. Wanita Kena Tahu!


1. PENDARAHAN SELEPAS MENOPAUS 
Kebiasaannya wanita mengambil mudah apabila selepas menopaus, mereka didatangi haid semula. Sepatutnya wanita perlu membuat pemeriksaan sekiranya ia berlaku agar doktor dapat mengesahkan sama ada ia penyakit serius. Apabila dibiarkan dan tidak mendapatkan sebarang rawatan, sel kanser boleh merebak ke tahap 4. 

2. HAID TIDAK TERATUR DAN BANYAK 
Bagi yang belum menopaus, ambil perhatian sekiranya haid tiba-tiba keluar secara banyak dan berterusan. Perkara ini disebabkan oleh ovari yang gagal merembeskan hormon secara normal kerana aktivitinya yang terganggu. Aliran haid berat ini juga boleh disebabkan oleh beberapa penyakit lain seperti fibroid atau polyp di uterus.

3. PERUT TIDAK SELESA 
Selain 2 tanda kanser rahim paling jelas di atas, sistem penghadaman juga turut terkesan kerana posisinya yang agak dekat. Perut akan terasa mudah kenyang dankembung. Sesetengah wanita mudah terasa loya dan mudah terkena sembelit. Jika perkara ini berlanjutan lebih dari tiga minggu, dapatkan nasihat doktor untuk rawatan selanjutnya. 

4. MUDAH LETIH 
Walaupun sudah berehat lama, tetap berasa letih. Nafas menjadi singkat dan jantung berdegup lebih laju walaupun tidak melakukan aktiviti berat. Selama ini tidak pernah pula selesu ini. Hal ini disebabkan oleh sel darah merah yang berkurangan berbanding sel darah putih. Kondisi inilah yang dinamakan anemia dan sering berlaku pada pesakit kanser. 

5. KERAP MEMBUANG AIR KECIL 
Terlalu kerap buang air kecil? Bukan sahaja selalu, malah sakit seperti rasa ketat dan pedih. Jangan berasa malu untuk mendapatkan nasihat doktor jika perkara ini berlarutan lebih dua minggu. Walaubagaimanapun, tanda kanser rahim ini menyerupai juga beberapa penyakit lain yang kurang serius dan boleh dirawat dengan mudah.
 
6. SAKIT SEAKAN SENGGUGUT 
Selain sakit perut kembung, sakit di sekitar pelvis seakan senggugut ketika haid juga adalah antara tanda kanser ovari. Sakit ini mungkin sebiasa sakit senggugut atau mungkin lebih teruk sehingga perlu berbaring dan ambil ubat tahan sakit. Dapatkan nasihat pakar sekiranya sakit pelvis berlarutan walaupun selepas haid atau pada bila-bila masa. 

7. PERUBAHAN BERAT BADAN SECARA DRASTIK 
Jika selama ini kita bertubuh agak gempal dan turun berat badan tanpa senaman atau kawalan pemakanan, dapatkan rawatan segera terutamanya bila turun berat badan secara drastik. Mengubah corak pemakanan kepada yang lebih sihat dan rutin senaman dapat mengurangkan risiko kanser.

Sumber : SirapLimau

No comments

Powered by Blogger.