8 Penyakit Kanak-Kanak Berbahaya Yang Boleh Meragut Nyawa Anak Anda - Abang Terlajak Laris


8 Penyakit Kanak-Kanak Berbahaya Yang Boleh Meragut Nyawa Anak Anda



Kanak-kanak adalah individu yang paling mudah terdedah dengan pelbagai penyakit berbahaya di dunia. Malah, jumlah kematian kanak-kanak yang menghidap penyakit berbahaya semakin meningkat. Jom kita lihat apakah penyakit itu:

1. Pneumonia
Hampir 81% kematian akibat penyakit pneumonia terjadi pada kanak-kanak yang berusia 2 tahun ke bawah. Radang paru-paru ini boleh disebabkan oleh bakteria, fungus, virus atau parasit. 

Namun, penyelidik menganggarkan ia boleh dicegah dengan vaksin. Antara sebab utama mengapa kanak-kanak diserang pneumonia adalah kerana kekurangan zat, penyusuan susu ibu yang kurang optimal, dan kekurangan zink. 

2. Cirit-birit 
Cirit-birit yang dialami kanak-kanak sebahagian besarnya disebabkan oleh jangkitan dari virus rotavirus, bakteria salmonella atau dari parasit giardia. Kunci utama untuk mengelak penyakit ini adalah dengan mencegah anak terkena dehidrasi (kurang air). 

Cirit-birit boleh membuatkan tubuh anak anda kehilangan banyak air, jadi untuk kembali pulih, mereka perlu minum banyak air. Kalau tidak, cirit-birit boleh membawa kepada sawan, kerosakan otak atau maut. 

3. Malaria 
Malaria adalah penyakit yang paling berbahaya untuk kanak-kanak. Penyakit ini dibawa oleh nyamuk dan boleh menjangkiti individu dengan mudah. Kanak-kanak yang menghidap malaria akan mengalami demam, menggigil kesejukan, selesema dan boleh maut jika tidak dirawat dengan segera. 

4. Polio 
Polio boleh tersebar melalui sentuhan dengan najis, mukus, atau dari air liur penghidapnya. Polio mampu menyerang otak dan saraf tunjang hingga menyebabkan kelumpuhan. Ia boleh dicegah dengan pengambilan vaksin yang diberi pada bayi ketika berusia 8 minggu, 12 minggu dan 20 minggu. 

5. Campak 
Campak adalah virus yang berbahaya buat kanak-kanak di bawah usia 5 tahun. Ia amat senang dijangkiti oleh mereka. Biasanya, anak yang terkena campak akan naik titik-titik di mulut dan hidung mereka. Kemudian, mereka akan menghidap selesema dan demam. Campak boleh menyebabkan krup, bronkitis dan menjangkiti sistem saraf. Campak boleh diatasi dengan pemberian vaksin. 

6. Difteria 
Difteria adalah penyakit yang melibatkan pernafasan atau kerongkong. Ia boleh berjangkit namun mampu dielak jika anak anda telah diberi vaksin yang sepatutnya. Penyakit ini menyebabkan masalah pernafasan, kecederaan pada jantung atau sistem saraf dan boleh membawa maut. 

7. Tetanus (kancing dagu) 
Tetanus atau kancing dagu boleh berlaku akibat pencemaran di kawasan luka. Jangkitan ini boleh menyebabkan kekejangan otot di rahang atau di seluruh badan. Organisma yang boleh menyebabkan tetanus ada dalam tanah. Jadi, jika mana-mana kawasan luka anak anda terkena tanah, mereka mungkin boleh dijangkiti tetanus. 

8. Pertusis (batuk kokol) 
Pertusis atau dikenali sebagai batuk kokol adalah penyakit kanak-kanak yang paling mudah merebak. Ia menyebabkan kanak-kanak sukar bernafas dan mengalami batuk kokol selama lebih daripada 20 kali dalam satu nafas tunggal. 

Penyakit ini bermula dengan selesema, kemudian anda akan dengan anak batuk “tercungap-cungap” seolah mereka susah untuk menarik nafas. Kes-kes yang teruk boleh menyebabkan muntah, turun berat badan, kecederaan otak dan maut.

Sumber : TheAsianParent

No comments

Powered by Blogger.