8 Tips Paling Efektif Untuk Elak Bibir Merekah & Cara Merawat. - Abang Terlajak Laris


banner-cikgu-01

8 Tips Paling Efektif Untuk Elak Bibir Merekah & Cara Merawat.



1. Sentiasa pakai lip balm, tak kisah jenama apa sekalipun 

Sapukan lip balm untuk penyembuhan dan mengelakkan bibir pecah. Lip balm juga akan membantu untuk mengekalkan kelembapan dan melindungi bibir anda dari merekah. Untuk pemilihan lip balm yang terbaik, pastikan ada semua bahan ini: 

• Beeswax 
• Petroleum 
• Dimethicone 

2. Gunakan petroleum jelly 
Dengan penggunaan petroleum jelly ini boleh membantu untuk melindungi bibir daripada matahari yang boleh menyebabkan bibir kering dan merekah. Sapukan setiap malam sebelum anda tidur ya! 

3. Sapukan pelembap bibir 
Menggunakan pelembap bibir akan membantu bibir anda mengekalkan kelembapannya. Pelembap bibir juga adalah salah satu produk yang penting untuk memastikan bibir tidak mudah merekah. Pastikan anda cari pelembap yang ada bahan seperti di bawah:

• Shea Butter
• Emu Butter
• Vitamin E Oil
• Coconut Oil 

4. Menggunakan skrub untuk membuang sel mati pada bibir 
Anda boleh menggunakan skrub untuk bibir dan pastikan anda gosok secara perlahan untuk mengelakkan luka. Boleh gunakan skrub ini sebanyak 4-5 kali seminggu. Jika ada pilihan lain, boleh juga buat sendiri di rumah dengan menggunakan gula dan madu. 

5. Gunakan lip mask 
Bukan muka je ada mask ya, bibir pun ada. Sebab itu pentingnya penjagaan kulit wajah, anda perlu ada semua jenis produk. 

6. Gunakan lip balm yang mempunyai SPF 
Anda selalu lupa bahawa bibir anda selalu terdedah kepada sinaran matahari yang boleh menyebabkan ianya kering. Oleh itu, pastikan anda menggunakan produk yang mempunyai SPF. 

7. Elakkan gigit atau jilat bibir anda ketika ianya kering dan menggelupas 
Jika anda menjilat bibir ketika ianya kering, perkara itu akan membuatkan bibir anda lebih menggelupas. Memang nampak macam anda membasahkan bibir, tapi sebenarnya boleh membuatkan bibir anda semakin kering. 

8. Jangan sesekali kupas bibir 
Perkara yang sering menjadi tabiat kita adalah mengupas bibir dan menyebabkan luka kecil, pendarahan, dan bengkak. Perkara ini akan menjadikan bibir lebih sukar untuk sembuh. Jadi, elakkan ya! 

Sumber : Says

No comments

Powered by Blogger.