Temu Kunci Ni Paling Berkhasiat Untuk Apa? - Abang Terlajak Laris


banner-cikgu-01

Temu Kunci Ni Paling Berkhasiat Untuk Apa?


Temu kunci merupakan antara bahan popular yang digunakan sebagai jamu lepas bersalin. Ia mempunyai fungsi untuk melancarkan perjalanan darah dan mengembalikan kecergasan badan.

1. Melancarkan Buang Air Kecil – Temu kunci bersifat deuretik kerana mengandungi flavonoid. Dengan kata lain, temu kunci membantu memperlancar pembuangan air kecil. 

2. Meningkatkan Stamina Tubuh – Temu kunci dapat dimanfaatkan untuk menambah stamina atau tenaga sehingga tubuh menjadi segar dan fit kerana peredaran darah yang lancar. 

3. Melancarkan Penghasilan Susu – Ektrak temu kunci ini dapat membantu melancarkan penghasilan susu yang mencukupi untuk si manja anda. 

4. Melancarkan haid – Datang bulan atau haid dialami oleh setiap wanita setiap bulannya. Ada yang rutin, namun ada juga yang tidak rutin. Agar haid anda lancar amalkanlah herba temu kunci. 

5. Meringankan Depresi – Temu kunci dapat digunakan sepagai antidepresan kerana mengandung flavonoid. Antidepresan merupakan suatu zat yang dapat meringankan depresi atau stress. 

6. Mengubati Keputihan – Keputihan sangat mengganggu bagi seorang wanita kerana menimbulkan gatal dan bau tak sedap. Hal ini boleh diatasi dengan mengkonsumsi temu kunci secara teratur. 

7. Mencantikkan Kulit – Bagi yang menginginkan kulit yang indah, kita boleh memanfaatkan masker yang terbuat dari temu kunci. Penggunaan secara teratur akan membuat kulit lebih tegang, segar, sihat, dan halus. Selain itu, dapat mencegah penuaan. 

8. Mengurangi Bau Badan – Kamfer yang terdapat pada temu kunci dapat dimanfaatkan untuk mengurangi bau badan. 

9. Mengurangi Jerawat – Timbulnya jerawat di tubuh dapat mengganggu penampilan dan menurunkan rasa percaya diri. Oleh kerena itu, banyak dari kita berusaha untuk menghilangkan jerawat dengan berbagai cara. Salah satu cara yang dapat ditempuh adalah mengkonsumsi temu kunci atau menjadikannya masker. 

10. Sebagai Antioksidan – Ekstrak rimpang dapat digunakan sebagai antioksidan. Antioksidan dapat menangkal radikal bebas. Radikal bebas adalah suatu molekul yang dapat merosakkan sel. Jika tubuh kita menangkap banyak radikal bebas maka sel-sel tubuh cepat rosak dan terjadi penuaan.

Sumber : Manfaat

No comments

Powered by Blogger.