Ayam Bakar Ala Sate Yang Terlajak Sedap! - Abang Terlajak Laris


Ayam Bakar Ala Sate Yang Terlajak Sedap!


Bahan-bahan diperlukan:
1 ekor ayam - dipotong2
15 biji bawang merah
1 labu bawang putih
2 cm halia
10 - 15 tangkai cili kering - ikut kepedasan sendiri
10 batang serai
2 cm kunyit hidup
1 sudu kecil garam
2 cawan teh gula pasir - ( resepi ni memang menggunakan banyak gula bertujuan supaya ayam tu cantik berkilat masa dipanggang dan rasanya seimbang manisnya sebab dah bercampur dengan rasa pedas dan rempah2 dalamnya...memang seakan2 rasa sate....
1 sudu besar jintan manis
1 sudu besar jintan putih
5 sudu besar madu

Cara menyediakan dan memasak:
  1. Kisar semua bahan kecuali ayam dan madu.
  2. Tuang bahan kisar ke dalam bekas yang berisi ayam dan sebatikan.
  3. Tuang madu dan sebatikan lagi.
  4. Perap dahulu sebelum dibakar. ( masa perap 24 jam untuk dapatkan rasa ayam bakar ala sate yang lebih best )
  5. Panaskan oven dan bakar ayam selama 1 jam dengan suhu 180c. Mas guna api atas bawah untuk mendapatkan ayam bakar yang cantik garingnya dan sentiasa terbalikkan ayam tu...
Sumber : MyResipi

No comments

Powered by Blogger.