Bahaya Makan Pedas Yang Berlebihan... - Abang Terlajak Laris


banner-cikgu-01

Bahaya Makan Pedas Yang Berlebihan...


Antara penyakit yang mungkin boleh dihidapi oleh mereka yang gemar memakan pedas berlebihan adalah seperti berikut :

Meningkatkan Asid Perut
Rasa pedas cili itu sebenarnya dari kombinasi asam. Bila masuk dalam sistem pencernaan kadar asam akan meningkat. Bila anda makan makanan pedas sebenarnya menambah lagi jumlah asid di dalam perut.

Menyebabkan Gangguan Perut (akut)
Peningkatan jumlah asid dalam perut yang ketara jika berterusan ini akan mengakibatkan individu itu akan mengalami gangguan lambung akut di lambung. Ini akan menyebabkan mual, muntah-muntah, cirit-birit, demam dan sakit kepala.

Peradangan
Radang akan terjadi apabila terlalu kerap mengambil makanan pedas, berlanjutan hingga menyebabkan gangguan lambung akut, dan menyebabkan perut terluka. Luka parah pada perut akan mengeluarkan nanah dan sakit yang luar biasa. Gejala ini akan mengakibatkan mual, muntah dan penurunan berat badan yang ketara.

Sukar Tidur Atau Insomnia
Makanan pedas meningkatkan suhu tubuh dan badan akan berpeluh. Ini menyebabkan anda sukar tidur. Oleh itu, pengambilan makanan pedas ini disarankan adalah 3 atau 4 kali seminggu dengan kadar yang tidak terlalu tinggi.

Kesimpulannya, ia bergantung kepada anda jangan terlampau mengambil makanan pedas yang berlebihan, pada masakan pula jangan terlalu ketara pengambilan seperti cili dan rempah.

Sumber : Wanista

No comments

Powered by Blogger.