Cara-Cara Mengatasi Masalah Sembelit Yang Kerap Berlaku.. - Abang Terlajak Laris


banner-cikgu-01

Cara-Cara Mengatasi Masalah Sembelit Yang Kerap Berlaku..


1. AMBIL SERAT
Lebihkan pengambilan serat dalam setiap hidangan. Serat banyak terdapat dalam sayuran dan tumbuh-tumbuhan.

2. MINUM BANYAK AIR
Minum sekurang-kurangnya 1.5 liter air setiap hari

3. MAKAN HERBA DAN REMPAH
Masukkan herba dan rempah-ratus dalam hidangan seperti halia, kunyit, cili merah, ketumbar dan jintan manis. Kebanyakan herba dan rempah-ratus ini memudahkan penghadaman dan membuang toksin yang berkumpul pada hati, buah pinggang, perut dan limpa

4. CUKA EPAL
Sebaik bangun tidur, minum satu sudu cuka epal. Ia meningkatkan penghasilan asid dalam perut secara tak langsung membantu penghadaman dan perkumuhan

5. LEMAK BERKHASIAT
Makan lemak yang berkhasiat seperti minyak zaitun, minyak macadamia, avocado, ikan sardin, ikan kembung, ikan kurau, butter dan kekacang

6. ELAKKAN PROTEIN BERLEBIHAN
Elak mengambil protein secara berlebihan. Memadai dengan satu genggam untuk satu hidangan.

7. SENAMAN PERNAFASAN
Lakukan senaman pernafasan setiap hari. Pernafasan yang sekata membantu menghilangkan stress dan melonggarkan saraf yang tersumbat

8. BANYAKKAN PERGERAKAN FIZIKAL
Lakukan senaman dan regangan badan. Senaman meningkatkan metabolisma, meningkatkan simulasi kontraksi usus dan melawaskan perkumuhan

9. SENAMAN MENCANGKUNG
Lakukan senaman mencangkung. Ia memberi tekanan pada perut dan usus, sekali gus memberi ‘gesa’ untuk buang air besar.

Sumber : SirapLimau

No comments

Powered by Blogger.