Cara Merawat Kulit Sensitif Yang Senang - Abang Terlajak Laris


banner-cikgu-01

Cara Merawat Kulit Sensitif Yang Senang


Jangan risau darlings kulit sensitif boleh dirawat ! Caranya sangat mudah dan selamat untuk kulit kembali mendapatkan segala kebaikan dan kembali pulih dan sihat.
  1. Gunakan pelembap wajah – Untuk yang mempunyai masalah kulit kering dan sensitif gunakan kaedah ini untuk kembali lembapkan kulit. Sebahagian besar kulit mempunyai kira-kira 80 peratus air, tetapi permukaan kulit hanya menampung hingga 30 peratus air sahaja. Untuk menyembuhkan dan melindungi kulit wajah sensitif dari keradangan dan jangkitan, maka kelembapan di lapisan permukaan perlu untuk dipertahankan. Pelembab mengembalikan kelembapan kulit wajah. Elakkan pelembap yang mengandungi minyak yang berlebihan.
  2. Gunakan Sun Protector Factor (SPF) – Sun Protector/Sunscreen atau Sun Block sebenarnya amat penting untuk kulit. Sun Protector berfungsi untuk melindungi kulit kita dari terdedah dengan pancaran matahari. Untuk menjaga kolagen dan melanin dalam kulit wajah kita, lebih baik untuk melindungi dengan Sun Protector. Gunakan Sun Protector yang mengandungi SPF 30 dan ke atas. Elakkan Sun Protector yang yang mengandungi wangian, bahan berasid dan minyak.
  3. Pilih pembersih muka yang sesuai – Ramai orang menggunakan pembersih untuk menghilangkan lebihan minyak dan kotoran. Namun, tak ramai memilih produk yang benar-benar sesuai dengan wajah. Jika kita dah memakai produk itu lebih enam bulan tetapi masih tiada perubahan, mungkin produk itu tidak sesuai untuk kita.
  4. Elakkan pemakaian scrub muka dengan kerap – Walaupun kita mencuci wajah dua kali sehari, cara yang terbaik adalah tidak menggunakan scrub wajah lebih daripada sekali atau dua kali seminggu. Untuk seseorang dengan kulit sensitif, cucilah dengan lembut, dan kurangkan penggunaan scrub yang boleh merangsang kulit kita.
  5. Produk kosmetik yang selamat – Pilih produk kosmetik yang sesuai. Pilih produk yang tidak hanya mempunyai antioksidan yang kuat, tetapi juga bahan-bahan anti keradangan. Cuba menggunakan serum. Ia bukan hanya mengandungi vitamin C yang baik untuk pertahanan kulit, tetapi juga mengandungi antioksidan.
  6. Pengambilan makanan yang sihat dan seimbang – Perkayakan makanan kita dengan pengambilan rempah-rempah anti keradangan, misalnya kunyit, halia, kayu manis dan lada hitam. Manfaatkan rempah-rempah untuk mengurangkan keradangan pada kulit, dan mencegah garis-garis halus dan kedutan. Elakkan mengambil makanan yang tidak sesuai dengan kita jika kita mengalami masalah alergik. Elakkan makanan bergoreng atau berminyak, lebih baik ambil makanan yang natural dan tanpa proses.
Amalkan dan konsisten rawatan kulit sensitif selama sebulan dan awak akan nampak kesannya yang sangat memuaskan ! Tiada lagi kulit sensitif, diri terasa lebih yakin dan bersemangat !

Sumber : Zeeta

No comments

Powered by Blogger.