Cara Hilangkan Daki Degil Guna Susu, Lemon, Gula Kristal - Abang Terlajak Laris


banner-cikgu-01

Cara Hilangkan Daki Degil Guna Susu, Lemon, Gula Kristal


Daki adalah apabila kotoran yang sudah bercampur peluh dan sel kulit mati bergabung, melekat pada permukaan kulit lalu mengeras dan sukar untuk dihilangkan biarpun sudah dibasuh dan diskrub berulang kali. 

Ada orang kata, ubi kentang bermanfaat untuk menghilangkan daki serta mencerahkan kawasan gelap pada kulit seperti di bahagian pelipat bawah lengan namun, ini ada lagi satu petua iaitu dengan memanfaatkan susu, lemon dan gula kristal. 

Caranya ilah: 

1. Celup kapas dalam susu asli lalu sapukannya ke seluruh bahagian kulit yang berdaki. Urut sisa susu sehingga rata sebelum lap menggunakan sebarang kain bersih. Guna kain putih kalau hendak lihat jelas sisa daki yang tertanggal. 

2. Celup kain bersih lain dalam air bersuhu panas dan tekapkannya di atas kulit untuk bantu mengembangkan daki. Tekap beberapa kali sebelum lap keseluruhan bahagian tersebut dengan kain sama. 

3. Kemudian, tangkup sebahagian lemon dalam semangkuk gula kristal lalu sapukannya di atas kulit berdaki tadi. Gosok lemon yang sudah diselaputi gula beberapa ketika pada kulit sebelum menggosok sisa gula menggunakan tangan seperti skrub (Lakukan gerakan skrub selama 3 hingga 4 minit). 

4. Langkah seterusnya, campurkan 5 camca teh tepung gram bersama 3 camca teh susu asli, 1 camca teh madu dan 4 titis jus lemon. Gaul kesemua bahan sebelum sapukan pes tersebut pada bahagian kulit yang dikehendaki. 

5. Biarkan pes tersebut mengering seperti mask sebelum sapukan susu asli rata di atasnya. Urut selama 5 minit dan fokuskan gerakan pada bahagian berdaki. 

6. Gunakan tuala lembab panas untuk bersihkan permukaan kulit. Hasilnya! Daki degil semakin pudar dan jika dilakukan beberapa kali pasti mampu mencerahkan kawasan gelap seperti di pelipat tangan, pelipat kaki, belakang leher, celah kangkang mahupun di bawah lengan.

Sumber : Wanista

No comments

Powered by Blogger.