Darah Haid dan Kesihatan Wanita - Abang Terlajak Laris


Darah Haid dan Kesihatan Wanita

Darah haid datang setiap bulan. Tapi bagi sesetengah wanita, kitaran datang bulan tidak menentu. Gara-gara datang bulan, ramai wanita boleh “jadi gila”. Kembung perut, sakit tulang belakang, sakit badan dan sebagainya. 

Sebenarnya dari darah haid, kita boleh tahu banyak perkara tentang kesihatan kita. Jom tengok 5 perkara penting ini. 


1 – Berapa banyak darah haid anda? 
Jika darah haid anda sikit, ia tanda-tanda ketikdakseimbangan hormon, pemakanan yang kurang sihat, sering tertekan dan memiliki masalah di bahagian kelenjar tiroid mahupun pituitari. Darah haid yang sedikit juga mungkin penyebab: 
  • anomali Mullerian; sejenis gangguan disebabkan oleh selaput dara yang tidak terbentuk dengan sempurna, lalu menyekat pengaliran darah haid 
  • sindrom ovari polisistik (PCOS) atau 
  • gangguan autoimun. 
Namun, jika anda memakan pil perancang, mungkin darah haid anda akan keluar sedikit saja. Darah haid yang terlalu banyak boleh menyebabkan anemia. Ia juga boleh mengakibatkan: 
  • fibroid (lalu mengancam kesuburan) 
  • pertumbuhan pada dinding rahim 
  • polyps
  • tumor dalam serviks atau rahim; 
  • endometriosis 

2 – Ada darah walaupun selepas datang bulan? 
Pendarahan secara tiba-tiba, walaupun selepas anda sudah datang bulan adalah tanda-tanda yang bahaya. Ia mungkin petanda: 
  • jangkitan vagina 
  • polyps di bahagian serviks atau rahim
  • atau kerana ketidakseimbangan hormon. 
Jika tiba-tiba anda “berdarah” tanpa sebab yang pasti, segera berjumpa doktor. 


3 – Kesakitan akibat datang bulan 
Kenapa kita selalu berasa sakit apabila datang bulan? Semuanya sebab hormon prostaglandin. Hormon ini mengakibatkan rasa sakit dan keradangan dalam badan. Tapi, kekejangan atau cramp yang dirasai di bahagian bawah perut biasanya boleh menyebabkan masalah kesihatan yang serius – iaitu endometriosis. 

Endormetriosis adalah satu keadaan di mana tisu rahim mula tumbuh di bahagian luar rahim (di bahagian lantai pelvik). Lalu, akibat tisu ini, darah yang mengalir tersekat dan menyebabkan rasa kejang atau radang. 


4 – Warna darah haid anda? 
  • Warna keungguan seperti buah beri: menunjukkan paras estrogen yang amat tinggi. Biasanya terjadi pada kitaran haid yang terlalu berat. 
  • Warna merah seperti jem strawberi: Warna sedikit cerah menunjukkan tahap estrogen yang rendah. Boleh mengakibatkan faraj kekeringan, rambut gugur dan keletihan. 
  • Warna pekat seperti jus krenberi: Warna normal untuk darah haid. Biasanya, wanita yang datang haid dengan warna ini akan mengalami PMS. 

5 – Kekerapan anda datang bulan 
Ini perkara yang paling penting. Berapa kerap anda datang bulan menunjukkan bagaimana kesihatan badan anda secara keseluruhan. Jika anda sudah lama/lewat tidak datang bulan, tiada tanda-tanda kehamilan – ia bermaksud hormon dalam badan anda tidak seimbang. 

Segera berjumpa dengan doktor pakar untuk mendapatkan bantuan.

Sumber : TheAsianParent

No comments

Powered by Blogger.