Dengan Warna Sahaja Boleh Mengenali Personaliti Seseorang - Abang Terlajak Laris


banner-cikgu-01

Dengan Warna Sahaja Boleh Mengenali Personaliti Seseorang


Mari mari kita kenali WARNA dan sifatnya. 


Pink 
- Positif : Seorang yang tegas dan jujur. Anda juga suka membantu dan orang lain serta begitu teliti dalam semua perkara. 

- Negatif: Tidak suka dibantah dan suka mendesak bagi memenuhi kehendak. 


Putih 
- Positif: Lebih mencerminkan sifat sabar, sopan santun, rendah diri, suka menolong dan gemar berjenaka serta mudah dipujuk apabila merajuk. Juga mempunyai fikiran yang bersih iaitu tidak banyak prasangka terhadap orang lain. Perasaan hati sentiasa tenteram dan hidup bertawakal. 

- Negatif: Boros berbelanja 


Hitam 
- Positif: Prihatin, baik hati dan kuat menghadapi dugaan hidup. Tidak mudah dipengaruhi dan gemar berfikir serta setia pada pasangan. 

- Negatif: Suka menyendiri, prihatin, tetapi cepat tersinggung 


Merah 
- Positif: Bersikap berani, jujur, berdisiplin dan tegas. Sangat aktif dan disenangi serta bersikap terbuka. Anda juga senang menjadi pusat perhatian orang lain kerana kadangkala anda ingin mencuba segala-galanya. Suka tersenyum dan suka memberi atau menerima kasih sayang orang lain. 

- Negatif: Mempunyai perasaan pendendam yang tinggi, tamak dan mudah tersinggung 


Kuning 
- Positif: Berjiwa lembut atau halus dan sentiasa mendapat perhatian. Penuh kasih sayang dan berhemah serta sentiasa ceria. Positif dan sangat optimis serta memiliki senyum yang luar biasa dan tidak suka didesak. Sangat setia kepada pasangan. 

- Negatif: Sikap terlalu agresif mungkin membuat orang lain menjadi takut. Anda juga cengeng (sering menangis) dan mudah menyerah 


Hijau 
- Positif : Rajin dan jujur bekerja di samping, tekun serta sabar melakukan sesuatu. Pencinta keharmonian dan
kedamaian serta sentiasa dahagakan ilmu. Pencinta alam sekitar.

- Negatif: Terlalu mudah percaya dan kadangkala pendirian yang teguh membuatkan anda seakan-akan kolot.

Sumber : Puspanita

No comments

Powered by Blogger.