Jangan Kata Senaman 1 Minit Tak Boleh Ubah Bentuk Badan Anda, Ini Buktinya - Abang Terlajak Laris


Jangan Kata Senaman 1 Minit Tak Boleh Ubah Bentuk Badan Anda, Ini Buktinya


Salah satu senaman yang mudah dan mempunyai kesan yang lebih bagus ialah senaman plank. Kenapa plank ini merupakan senaman yang efektif? Kerana ia hanya mengambil masa singkat dan memberi keputusan yang memberansangkan dalam jangka masa yang pendek. 


Manfaat yang anda dapat semasa melakukan plank 


1. Mengurangkan risiko sakit di bahagian belakang 
Melakukan plank ini akan membolehkan anda untuk menguatkan otok dan memastikan tidak terlalu banyak tekanan di bahagian tulang belakang anda. Orang yang melakukan senaman plank setiap hari akan menguatkan otot dan memastikan sokongan yang kuat untuk seluruh badan terutamanya dibahagian tulang belakang. 

2. Meningkatkan kadar metabolisme 
Plank ini adalah salah satu cara terbaik untuk melakukan setiap hari sebagai pembakar lemak sekaligus meningkatkan metabolisme. Lemak lebih cepat membakar walaupun anda hanya melakukan senaman plank ini sahaja. 

3. Lebih fleksibel 
Fleksibiliti adalah manfaat utama melakukan senaman plank secara kerap, kerana senaman ini mengembang dan menarik seluruh kumpulan otot posterior anda – bahu, tulang belikat dan tulang selangka – dan ia juga meregang otot hamstrings, kaki, dan jari kaki anda. Dengan menambah senaman ‘side plank’, anda juga boleh melatih pada otot oblique anda. Ini akan meregang jari kaki anda dengan lebih panjang, yang mana ia merupakan satu gerakan yang amat penting untuk menyokong berat badan anda. 

4. Kestabilan emosi 
Senaman ini akan memberikan kestabilan kepada emosi kita. Ia akan menukar emosi negatif ke arah yang lebih positif. Plank bukan sahaja boleh merawat otak anda malah ia juga salah satu senaman untuk pesakit kemurungan jika plank ini menjadi aktiviti seharian kita. 

5. Anda akan memperbaiki keseimbangan seluruh badan anda 
Pernahkah anda rasa apabila anda cuba berdiri di atas satu kaki, anda tidak dapat berdiri tegak selama lebih daripada beberapa saat? Tahukah anda ini adalah kerana otot abdomen anda tidak cukup kuat untuk memberikan keseimbangan yang anda perlukan. Senaman plank, ‘side planks’ dan ‘planks with extensions’ akan memperbaiki keseimbangan dan meningkatkan prestasi anda dalam semua jenis aktiviti sukan.

Sumber : SiakapKeli

No comments

Powered by Blogger.