Jangan Terus Sapu Pada Kulit, Ketahui Kegunaan Sebenar 'Ubat Sapu' Ataupun Krim Ini - Abang Terlajak Laris


Jangan Terus Sapu Pada Kulit, Ketahui Kegunaan Sebenar 'Ubat Sapu' Ataupun Krim Ini



Permasalahan berkaitan kulit seperti ekzema, panau, gatal-gatal, kurap mahupun kudis seharusnya dirawat dengan menggunakan ubat yang betul untuk mengelakkan ia bertambah mudarat. 

Anda wajib tahu apa yang anda sapu pada kulit anda tentang jenis jenis ubat krim yang anda biasa dapat kalau jumpa doktor atau pergi farmasi.

Krim-krim ini pula sebenarnya disediakan oleh syarikat ubat dalam beberapa persediaan. Kita panggil 'krim', tapi ada beberapa persediaan krim ini, iaitu:

1. OINTMENT : Ianya oil-based. Sebab ia asas minyak, maka ia melekat lebih bagus (lama) pada kulit, dan lebih kuat kesannya pada kulit (more potent). Kita gunakan 'krim' jenis ointment ini pada kawasan kulit yang dah menebal dan kasar sebab kesan selalu garu dan bergesel (lichenified skin area).

2. CREAM : Ianya water-based. Sebab ia asas air, ia kurang potent berbanding ointment. Kita sapu cream ini di kawasan yang less lichenified atau kawasan kulit sensitif seperti kulit muka.

3. LOTION / GEL : Kita sapu krim asas lotion / gel ini pada kawasan yang berbulu , juga di kawasan lipatan (intertriginious area) seperti kawasan ketiak, kelengkang, kawasan anus atau kemaluan, di bawah lipatan breast.

Jadi, bila dapat 'krim', tengok persediaannya, adakah ianya cream, ointment atau lotion.

Sumber : Says

No comments

Powered by Blogger.