Jerawat Badan Susah Nak Hilang?.. Kenali Jenis2 Jerawat Di Badan Korang - Abang Terlajak Laris


Jerawat Badan Susah Nak Hilang?.. Kenali Jenis2 Jerawat Di Badan Korang



Jerawat Pada Dada Dan Belakang Anda 

Pakaian gim atau T-shirt yang salah. Kain kapas menyerap peluh anda dan ‘menakungnya’ dekat dengan kulit anda. Kerana bakteria yang menyebabkan jerawat berkembang subur di tempat yang lembab, memakai pakaian kapas di gim boleh menjadikan kulit anda satu tempat pembiakan jerawat. 

Pakai fabrik kain wicking (seperti campuran poliester-spandeks dan microfiber) apabila anda bersenam. Kerana mereka melepaskan peluh dari kulit, anda akan berkemungkinan untuk tidak mendapat jerawat. 

Jerawat Di Bahagian Punggung 

Seluar dalam yang tiada aliran udara atau masalah dalaman dengan diet anda. Memakai seluar dalam yang membolehkan peredaran udara yang mencukupi di bahagian punggung anda untuk mengelakkan perangkap haba dan kelembapan yang berlebihan yang menyebabkan kerosakan yang tidak diingini. Sekiranya helah pakaian ini tidak berfungsi, cuba bereksperimen dengan diet anda. 

Jerawat Pada Bahu 

Tekanan yang berlebihan boleh menyebabkan bahu anda terasa keras dan seterusnya menyekat pengaliran darah (pengaliran darah menjadi tidak lancar). 

Mungkin anda boleh mengurangkan waktu menghadap komputer dengan mengambil waktu berehat selama 10 minit setiap 45 minit. Atau secara mutlak, ambil cuti dan bersantai. 

Jerawat Pada Dada 

Apabila jerawat mengambil alih dada anda, ini mungkin masalah pencernaan, diet yang tidak baik, atau hasil daripada minum terlalu banyak minuman sejuk atau makanan pedas. 

Ini akan mengambil sedikit masa untuk mencari punca yang tepat jadi sebagai satu penyelesaian cuba betulkan tabiat anda satu-persatu. Mungkin anda memerlukan 1-2 minggu untuk setiap eksperimen. 

Jerawat Pada Perut 

Sekiranya anda melihat jerawat di sekeliling perut anda, ini boleh mencerminkan paras gula dalam darah yang memerlukan perhatian anda. 

Selain daripada mengurangkan pengambilan makanan dan minuman manis, anda juga disarankan untuk berjumpa dengan seorang doktor untuk memastikan paras gula dalam darah tidak berlebihan. 

Jerawat Pada Bahagian Kaki 

Kerap memakai seluar ketat atau penggunaan pencuci pakaian yang salah boleh menyebabkan kerengsaan dan pertumbuhan jerawat. 

Memakai seluar pendek atau seluar panjang yang longgar akan membantu mengurangkan kelembapan berlebihan yang biasanya menghasilkan jerawat kaki. Sekiranya anda mempunyai kulit yang sensitif, juga pertimbangkan untuk menukar detergen pakaian anda yang boleh menjadi faktor dalam mencetuskan jerawat anda. 

Jerawat Pada Bahagian Sulit 

Bahagian badan ini adalah yang paling mudah terdedah kepada kelembapan dan kehangatan yang boleh menyebabkan jerawat; lazimnya adalah kawasan bakteria membiak. Jerawat kecil mungkin timbul selepas bercukur atau waxing di kawasan ini terutama jika kita menggunakan pisau cukur lama atau sabun biasa. 

Adalah penting untuk memastikan kebersihan yang baik dengan mandi tiap hari dan menukar pakaian anda. Cuba gunakan pisau cukur yang baik dan gunakan sabun yang direka khas untuk bercukur. Jika jerawat/benjolan ini tidak menunjukkan sebarang perubahan dalam masa 4-5 hari maka kemungkinannya ia adalah beberapa jenis STD.

Sumber : Bukanaku

No comments

Powered by Blogger.