Jeruk Buah Asam Boi Yang Terlampau Sedap - Abang Terlajak Laris


banner-cikgu-01

Jeruk Buah Asam Boi Yang Terlampau Sedap


Bahan:

3 biji mangga lemak manis muda
1 biji jambu batu
15 biji asam boi (warna putih)
3 tangkai cili padi merah (dihiris halus)
1 cawan gula pasir

Cara:

Kupas dahulu mangga muda dan jambu batu. Buang kulit mangga, buang biji dan dihiris nipis. Rendam dalam air kapur dalam 20 minit untuk meranggupkan buah buah jeruk. 

Kemudian cuci bersih dan tos sehingga kering airnya.

Masukkan cili padi dan asam boi. Masukkan gula pasir dan kacau rata. Masukkan ke dalam bekas dan simpan dalam peti ais dalam 3-4 jam. Sedia untuk dimakan.

Sumber : AzieKitchen

No comments

Powered by Blogger.