Kenali 5 Jenis Perut Buncit Yang Sering Dialami Wanita - Abang Terlajak Laris


banner-cikgu-01

Kenali 5 Jenis Perut Buncit Yang Sering Dialami Wanita


5 jenis masalah perut buncit ini selalu dialami wanita, cuba perhatikan mana tahu kena dengan keadaan perut anda. 

1. PERUT PIR (PEAR TUMMY) 

Dimiliki oleh orang yang berpinggang ramping tetapi bahagian bawah perut lebih besar dengan ada lebihan lemak di pinggul. Mereka juga memiliki lemak yang sukar dihilangkan pada bahagian peha dan akan menyebabkan perut berbentuk seperti buah pir. Sebahagian wanita mengalami perut pir ini kerana faktor estrogen, sama ada akibat genetik atau ketidakseimbangan hormon. 

2. PERUT IBU (MUMMY TUMMY) 

Selepas tiga bulan bersalin, perut anda akan masih kelihatan seperti hamil. Bahagian perut akan kendur, tiada bentuk dan juga mungkin menggeleber. Ini disebabkan kan otot – otot perut terbahagi menyebabkan rahim dan perut melebar mengikuti perkembangan bayi. 

Selepas bersalin, kedua sisi otot akan bersatu secara semulajadi dan jika ia tidak berlaku, perut akan kelihatan besar dan buncit. Perkara ini akan diatasi secara semulajadi dan mengambil masa lima hingga tujuh bulan untuk kembali kempis dan rata. 

3. PERUT TIROID (THYROID TUMMY) 

Perut tiroid adalah disebabkan kalenjar berbentuk kupu – kupu di leher yang menghasilkan hormon untuk mengawal kadar tubuh memproses kalori dalam makanan. Kalejar ini bukan hanya menyebabkan perut buncit tetapi dia juga membuatkan bahagian lain kelihatan membengkak. 

Tanda – tanda tiroid yang anda harus awasi adalah mudah penat, kaki sejuk dan metabolisma lambat. Dapatkan nasihat doktor jika perkara ini berlaku ke atas anda. 

4. PERUT STRES (STRESS TUMMY) 

Ramai yang tidak tahu, stress juga antara satu penyebab perut buncit. Buncit jenis ini menunjukkan perut menonjol dari bahagian bawah payudara tapi tidak sampai hingga ke bawah perut. 

Atasi masalah ini dengan mengawal tahap stres dan cukupkan tidur. Makan sedikit tapi kerap juga membantu mengatasi masalah ini. 

5. PERUT KEMBUNG (BLOATED TUMMY) 

Bentuk perut jenis ini seperti menggelembung. Biasanya pada pagi hari perut kelihatan kempis tapi mengembang terutama selepas makan. Walaupun perut membesar tapi berat badan mereka tak berubah. 

Satu dari penyebab utamanya adalah angin. Ketika makanan dihancurkan sewaktu menuju usus, bakteria yang memakan makanan tersebut menghasilkan gas. Untuk mengatasi masalah ini, hindari makanan yang sukar dicerna oleh tubuh termasuk hidangan pedas dan pemanis buatan. 

Ok, sekarang perhatikan perut masing-masing. Tengok anda jenis yang mana. 

Sumber : Sinar

No comments

Powered by Blogger.