Rupanya Obesiti Ni Banyak Jenis, Bukan Nampak Kat Perut Sahaja - Abang Terlajak Laris


banner-cikgu-01

Rupanya Obesiti Ni Banyak Jenis, Bukan Nampak Kat Perut Sahaja



1. Obesiti Akibat Tidak Aktif 

Obesiti akibat badan yang tidak aktif, kurang bersenam dan melakukan aktiviti fizikal menyebabkan lemak berkumpul pada banyak bahagian badan. Masalah ini juga sebenarnya boleh berlaku pada mereka yang pada satu ketika merupakan seorang aktif, namun berhenti daripada melakukan aktiviti fizikal untuk satu tempoh yang lama. 

2. Obesiti Kecut Perut 


Antara punca kepada masalah “Nervous Stomach” Obesity atau obesiti perut kecut ini mungkin berpunca daripada tekanan/stress yang dialami oleh seseorang itu. Masalah depresi dan pengambilan makanan atau minuman tinggi gula juga boleh menjadi punca kepada masalah obesiti kecut perut ini.
  
3. Gluten Obesity 

Masalah gluten obesity ini dikatakan adalah satu perkara biasa pada wanita, terutamanya pada peringkat remaja, monopos atau pada waktu mereka merasakan hormon badan tidak seimbang. Untuk mengelak daripada duduk pada satu posisi untuk tempoh yang lama, mengamalkan senaman berat serta mengelak pengambilan minuman beralkohol dan amalan merokok. 

4. Obesiti Metabolik Atherogenic

Bagi mereka yang mengalami masalah obesiti seperti ini, perut mereka kebiasannya kelihatan seperti belon dan seolah-olah semua lemak berkumpul pada bahagian perut. Antara punca yang disebut adalah amalan pengambilan minuman beralkohol dan mengalami masalah pernafasan. 

5. Venous Obesity 

Venous Obesity dikaitkan dengan masalah obesiti yang diwaris dan kebanyakkan berlaku pada wanita yang mengangdung dan mereka yang sedia asal mempunyai kaki yang agak besar. Cara mengatasi masalah obesiti ini adalah anda memperbanyakkan senaman kaki seperti memilih untuk menggunakan tangga ataupun berjogging. 

6. Obesiti Makanan 

Dipercayai ia terhasil akibat tabiat permakanan yang tidak sihat. Selain itu, ia mungkin juga disebabkan anda kerap mengamalkan tabiat minum mknuman tinggi kandungan gula. Cara terbaik yang anda boleh lakukan adalah dengan mula mengamalkan diet pemakanan yang lebih sihat dan seimbang serta mengurangkan pengambilan minuman tinggi kandungan gula.

Sumber : SiakapKeli

No comments

Powered by Blogger.