Kenapa Kita Harus Mandi Setiap Hari - Abang Terlajak Laris


banner-cikgu-01

Kenapa Kita Harus Mandi Setiap Hari


Mandi tidak hanya membuatkan badan segar, tetapi ada manfaat lain disebalik itu. Sebenarnya, mandi juga memiliki peranan dalam meningkatkan sistem kekebalan, mencegah penyakit kulit, bahkan untuk menyembuhkan masalah kesihatan yang serius. Beberapa kajian yang menunjukkan bahawa mandi itu berkhasiat antaranya adalah:

1. Pengidap Diabetes
Untuk pengidap diabetes, dengan setengah jam berendam didalam air yang hangat dapat menurunkan aras gula dalam darah sekitar 13%.

2. Kesihatan Jantung
Dengan berendam selama 10 minit dalam air yang hangat dapat memperbaiki kesihatan jantung baik lelaki mahupun wanita.

3. Eksema
Eksema adalah penyakit radang kulit yang kronik, dengan rasa kering dan gatal. Untuk penderita penyakit kulit seperti eksema, ruam, gatal-gatal dapat dirawat dengan menambahkan baking soda ke dalam tab mandi kerana berdasarkan kajian baking soda itu bertindak sebagai antiseptik.

4. Infeksi
Untuk infeksi, tambahkan pada air panas suam tiga atau empat sudu cuka buah epal (apple cedar) dan berendamlah selama 15-20 minit. Ini juga baik untuk mengeluarkan racun dari dalam tubuh kerana cuka dapat menyeimbangkan kembali asid.

5. Selsema dan Sakit Kepala
Untuk menyembuhkan selsema dan sakit kepala dapat dilakukan dengan merendam kaki dalam air suam. Masukan air suam secukupnya dalam tab mandi sehingga menutupi kaki dan pergelangan kaki, tambahkan beberapa titisan minyak seperti lavender, peppermint atau lemon.

6. Insomnia
Untuk penderita insomnia atau yang menderita masalah tidur, mereka boleh merendam kaki dalam air sejuk. Masukan kaki sehingga kaki merasa sejuk. Cara ini juga berguna bagi kaki kejang, pendarahan hidung, dan sembelit.

7. Sirkulasi (peredaran darah)
Jika anda mengalami masalah sirkulasi maka cubalah dengan merendam kaki selama satu atau dua minit didalam air suam, kemudian 30 minit dalam air sejuk.

Sumber : AkuIslam

No comments

Powered by Blogger.