Khasiat Garam Bukit Yang Menjadikan Badan Kita Sihat - Abang Terlajak Laris


Khasiat Garam Bukit Yang Menjadikan Badan Kita Sihat


Perbezaan di antara garam bukit & garam biasa?

Garam biasa yang kebanyakannya merupakan garam yang diambil dari laut dihasilkan dengan kaedah penyejatan air laut. air laut yang kering akan menjadi garam. Kandungan mineral, warna, dan tahap kemasinan garam tersebut bergantung kepada air laut yang digunakan. 

Garam bukit pula dihasilkan dengan kaedah perlombongan di bukit yang mempunyai sumber garam. Garam yang diperolehi akan diproses menggunakan bahan kimia untuk menjadikan teksturnya lebih halus. Dari segi rasa, ianya lebih masin daripada garam biasa. 


Garam bukit yang dijadikan sebagai air mandian 

Mandian air garam bukit memberikan aura positif kepada diri anda. Membantu menghilangkan segala sifat-sifat negatif dan menggantikan dengan aura positif yang akan menjadikan anda lebih bersemangat, yakin diri, positif dengan diri sendiri, dan lebih rajin untuk berusaha dengan bersungguh-sungguh. 


Garam bukit yang dijadikan sebagai air rendaman kaki 

Garam bukit yang dijadikan sebagai air rendaman kaki membantu: 
  • Melancarkan peredaran darah ke seluruh badan 
  • Membuang toksin & kotoran dari badan 
  • Melegakan sakit otot, kekejangan, lenguh-lenguh, serta sakit sendi 
  • Mengurangkan sakit kaki akibat terlalu banyak berdiri atau berjalan 
  • Melembutkan tumit kaki merekah 
  • Menghilangkan sakit kepala, pening, dan migrain 
  • Membuang angin dari badan 
  • Membuang lemak dari badan 
  • Mengatasi masalah kegatalan 
  • Mengatasi masalah kulat air 
  • Menghilangkan bau kaki 
  • Mengurangkan sakit gout 
  • Memberikan kesegaran 
  • Mengurangkan kepenatan 
  • Mengurangkan stress 


Garam bukit yang disapu pada badan 

Garam bukit juga boleh disapukan ke bahagian badan yang memerlukan rawatan seperti gatal-gatal, kulat air, kurap, panau, dan kelemumur. Caranya, larutkan garam bukit ke dalam air dan sapukan ke bahagian terbabit. Biarkan sehingga kering.

Sumber : Bidadari


No comments

Powered by Blogger.